Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»London Lancar Teksi ‘Black Cab’ Hibrid, Boleh Jimat Hingga 643km
Roda4

London Lancar Teksi ‘Black Cab’ Hibrid, Boleh Jimat Hingga 643km

Han OthmanBy Han Othman29/01/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LONDON EV Company (LEVC) melancarkan teksi hitam, TX eCity sebagai barisan teksi hibrid pertama di ibu kota London. Unit pertama diserahkan kepada Davis Harris, 46, yang menjadi pemandu teksi pertama meletakkan deposit pembelian sejak pra-tempahan dibuka pada tahun lalu.

Menurut LEVC, pembelian TX eCity akan membolehkan Harris mendapatkan penjimatan £500-£600 (RM2,733-RM3,279) sebulan dari segi kos bahan api dan operasi.

BACA >>> London Haramkan Uber, Pemandu ‘Black Cab’ Tarik Nafas Lega

Model pacuan roda belakang (RWD) itu dikuasakan bateri litium-ion 31kWh yang bertanggungjawab menjana motor elektrik berkuasa 147hp dan tork 255Nm. Pecutan 0-100kmj pula dapat dibuat sepantas 13.2 saat, manakala kelajuan maksimum mencapai 128kmj. Paling penting, ‘Black Cab’ ini mampu membawa penumpang sejauh 128km apabila kuasa elektrik tunggal.

MAMPU PERGI SEJAUH 643km

Apabila cas bateri rendah, enjin 3-silinder 1.5L pengecas turbo akan diaktifkan untuk pengecasan. Jarak keseluruhan perjalanan yang dapat dicapai LEVC adalah hingga 643km, dan kombinasi rating ekonomi bahan api ialah 217.3mpg UK (1.3 liter per 100km).

Harga model aras permulaan bermula pada £52,024.50 (RM284,357), manakala cukai tambah nilai (VAT) mampu menaikkan harga kereta ini kepada £62,429.40 (RM341,229). Bagaimanapun, geran teksi plug-in membolehkan pemilikinya mendapat geran diskaun emisi hingga £7,500 (RM40,993).

BACA >>> Selamat Tinggal ‘Black Cab’ London TX4, Bakal Diganti Teksi Elektrik!

Antara ciri dibekalkan ialah bumbung suria panoramik, set interkom dan konektiviti WiFi, termasuk sistem infotainment skrin sentuh 9-inci, dan sistem bantuan pemanduan seperti brek kecemasan autonomi (AEB), amaran tukar lorong (LDW) dan amaran perlanggaran depan (FCA).

Auto Terkini Black Cab hibrid London London EV Company (LEVC) pengangkutan awam London Roda4 Teksi teksi Black Cab teksi hibrid TX eCity
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

26/07/2026
Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
PHEV

OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

24/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

24/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
Roda4

Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

By Han Othman24/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.