Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Loke: “Saya Mohon Maaf…Tiada Lagi Diskaun Saman JPJ”
Auto Terkini

Loke: “Saya Mohon Maaf…Tiada Lagi Diskaun Saman JPJ”

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju11/12/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak lagi akan menawarkan sebarang diskaun kepada orang ramai terhadap saman yang dikeluarkan agensi Kerajaan itu.

Perkara itu dijelaskan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook ketika menghadiri Program Karnival Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani di ibu kota, baru-baru ini.

Loke menegaskan, Kementerian sudah menetapkan dasar supaya agensi itu tidak lagi menawarkan pelepasan atau diskaun terhadap saman dikeluarkan sejak beliau menyandang jawatan itu pada 2018.

Terdahulu, Loke ketika pentadbirannya sudah melupuskan lebih empat juta saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang menyebabkan hasil Kerajaan susut kira-kira RM600 juta.

Logo JPJ

Menurutnya;

Sejak menjawat jawatan Menteri Pengangkutan pada 2018, saya sudah menetapkan dasar no discount untuk saman JPJ. Mengapa kita buat begitu?

“Yang pertamanya, kalau masih ingat… saya sudah batalkan lebih 4 juta saman AES pada 2018. Pada ketika itu, memang ramai orang menyambut dengan baik. Tapi saya dah beritahu itu one-off sahaja (batal saman AES).

“Kedua, kita mahu beri mesej kepada orang ramai bahawa saman adalah untuk mendidik. Tetapi kalau kita bagi diskaun, seolah-olah ini boleh ditolak-ansurkan atau sebagainya.

“Kita juga dapat maklum balas daripada orang ramai. Kalau kita bagi diskaun, ia tidak adil kepada orang yang bayar pada masa ditetapkan ataupun mereka yang bayar awal. Agensi lain… saya tak boleh komenlah. Agensi lain ada pertimbangan lain… umpamanya polis ada pertimbangan lain.”

Beliau berkata, keputusan itu adalah sebulat suara dengan mengambil kira pandangan pengurusan tertinggi JPJ, selain faktor membabitkan isu keselamatan jalan raya yang melibatkan orang ramai.

Ketiadaan tawaran diskaun itu ialah mesej tegas kepada orang ramai bahawa JPJ dan Kementerian Pengangkutan tidak akan berkompromi dengan aspek keselamatan jalan raya.

Loke menambah;

Saya mohon maaf, kerana bagi saya apa yang paling penting adalah isu keselamatan jalan raya perlu diberikan keutamaan.”

Anthony Loke Siew Fook Auto Terkini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Menteri Pengangkutan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 Untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    27/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    28/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    25/06/2026
    Mazda Flair Crossover XS
    Auto Terkini

    Mazda Flair Crossover 2027 – Kembar Suzuki Hustler Kini Lebih Canggih

    27/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia โ€“ Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    By Abang Hirata25/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.