Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Litar GP Baharu di Vietnam Gabungkan Trek F1 Terbaik Dunia, Termasuk Sepang
Auto Terkini

Litar GP Baharu di Vietnam Gabungkan Trek F1 Terbaik Dunia, Termasuk Sepang

Han OthmanBy Han Othman09/11/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERANG sudah tamat, siapa sangka Vietnam kini sudah mahu menganjurkan perlumbaan Formula Satu (F1) menjelang 2020 selepas memiliki litar antarabangsa sendiri.

Dipromosikan konglomerat tempatan, Vingroup, Grand Prix (GP) Vietnam akan berlangsung di ibu kota Hanoi membabitkan laluan jalan raya sedia ada dan trek tambahan. Ini menjadikan Vietnam sebagai litar jalanan keempat selepas Monaco, Singapura dan Azerbaijan dengan jumlah 22 selekoh daripada litar sepanjang 5.565km, terletak di bahagian barat Hanoi dekat kawasan Stadium Kebangsaan My Dinh.

BACA >>> Selamat Tinggal F1 Sepang, Red Bull Racing Kuasai Podium dalam F1NALE Bersejarah

Naib Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Vingroup, Nguyen Viet Quang mengakui teruja untuk menyaksikan segala kerja keras firma itu dalam menganjurkan F1.

“Dengan misi kehidupan yang lebih baik untuk rakyat Vietnam, Vingroup mahu bawa perlumbaan ini ke Vietnam kerana manfaat umum kepada masyarakat seperti banyak peluang pekerjaan akan diwujudkan, infrastruktur Hanoi akan dinaik taraf dan acara dunia besar lain akan tertarik untuk dibuat di Vietnam.

“Bagi Vingroup secara peribadi, menerusi acara perlumbaan F1, kami akan mengambil peluang membuat hebahan tentang pengeluar kereta Vietnam pertama, VinFast kepada jutaan audien dunia,” katanya.

BACA >>> VinFast – Kereta Nasional Vietnam, dan Siapa di Sebalik Pengeluar Automotif Itu?

DIREKA FIRMA REKABENTUK LITAR

Litar tersebut direka syarikat rekabentuk litar, Tilke, diketuai Herman Tilke, yang juga pereka kepada banyak trek F1 moden hari ini. Litar Hanoi dikarakterkan dengan laluan lurus panjang sejauh 1.5km dengan had kelajuan mampu mencapai 335kmj.

Selekoh atau Turn 1 dan 2, misalnya, diilhamkan berasaskan selekoh terbuka litar Nurburgring, Jerman. Turn 12–15 bersempena seksyen dalam litar jalanan Monaco. Turn 16 hingga 19 pula memiliki arah tukaran laluan pantas seperti di litar Suzuka, Jepun manakala tiga selekoh akhir mengambil ilham selekoh kiri-kanan pantas yang disusuli laluan radius sempit di Litar Sepang, Malaysia.

Akhir sekali ialah lap akhir yang memberi peluang kepada pelumba untuk mengejar dan menerkam masuk semula ke Turn 1.

BACA >>> Apabila Mr Bean Tengok Formula Satu, Inilah Aksi Spontannya Yang Kelakar

Walaupun litar akhir dan rekabentuk perincian bangunan masih perlu dimuktamadkan, proses pembinaan untuk perlumbaan sulung sudah pun bermula dan akan berlangsung sekarang hingga hari perlumbaan pada April 2020.

“Pasukan sukan permotoran kami, dengan kolaborasi bersama bandar Hanoi dan promoter Vingroup, bekerja untuk membolehkah litar ini tidak hanya menguji pemandu, tetapi juga memastikan peminat seronok menonton perlumbaan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengerusi F1, Chase Carey.

“Kami benar-benar melihat ke depan untuk menyaksikan jentera F1 memecut sekitar jalan rata bandar raya yang fantastik ini bermula 2020,” katanya lagi.

Sekarang, mari kita lihat video mengenai perincian litar F1 Vietnam di bawah ini:

 

Chase Carey F1 Formula Satu GP Vietnam Grand Prix Hanoi Herman Tilke Litar F1 Litar Hanoi Litar Vietnam Nguyen Viet Quang Tilke Vietnam Vingroup
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Auto Terkini

Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

16/07/2026
Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
Auto Terkini

Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

16/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.