Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Lexus UX (2019), Cubaan Pengeluar Mewah Masuki Segmen Crossover Bajet
Roda4

Lexus UX (2019), Cubaan Pengeluar Mewah Masuki Segmen Crossover Bajet

Han OthmanBy Han Othman20/09/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DIVISYEN mewah Toyota, Lexus memperkenalkan model baharu, Lexus UX (2019) sebagai tambahan kepada barisan famili sedia ada. Model tersebut ialah crossover aras mula, yang kali pertama dibina Lexus atas platform arkitektur global GA-C baharu dengan struktur ringan dan rigid, termasuk pusat graviti rendah dan talaan suspensi diperhalusi.

Model basis, UX200 dijana enjin petrol empat sebaris 2.0L berkuasa 168hp dan tork 205Nm dengan transmisi Direct Shift CVT. Satu lagi varian ialah versi hibrid, UX250h, menggunakan enjin sama, tetapi dengan tambahan sistem pacuan semua roda (AWD) dan motor elektrik kuasa bateri nikel-meta-hidrida.

BACA >>> Lexus LC Limited Edition – Sedan GT Mewah Edisi Khas Tunjuk Muka Sebelum ke Paris

Kombinasi enjin tradisional dan elektrik itu menghasilkan kuasa setinggi 176hp yang menjadikan UX250h lebih berkuasa dan ekonomi. Kehadiran motor elektrik kedua pula memberikan keupayaan pacuan semua roda (AWD) hingga 69kmj dalam situasi cengkaman rendah.

GRIL EKSKLUSIF UNTUK ‘F SPORT’

Kedua-dua varian, UX200 dan UX250h ditawarkan opsyen pakej ‘F Sport’ dengan tambahan rekaan gril eksklusif, kemasan depan dan belakang hitam, rekabentuk bampar belakang sedikit berbeza dan rim aloi 18 inci. Ruang dalaman F Sport dihidangkan kluster meter ilham supercar LFA, roda stereng kulit dan selektor gear, pedal sport aluminium dan skrin sentuh LCD 8 inci (bukan F Sport, 7 inci).

Ciri keselamatan standard ialah Bantuan Suluh Tinggi-Pintar (iHBA), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Amaran Lencong (LDW), Amaran Perlanggaran Depan (FCW), Pengesanan Pejalan Kaki, Brek Kecemasan Automatik (AEB), dan Bantuan Tanda Jalan (RSA).

BACA >>> Lexus LS 500 (2018) Serlahkan Kehalusan Seni dan Budaya Jepun

Naib Presiden Eksekutif Lexus International dan Ketua Jurutera UX, Chika Kako berkata, Lexus UX direka khas untuk pembeli urban moden yang mencari elemen segar, kontemporari dan dinamik dalam pemanduan mewah.

“Kami merekabentuk Lexus UX (2019) untuk menarik perhatian pembeli muda yang mencari bukan hanya kenderaan baharu dan mengujakan, tetapi juga relevan dengan gaya hidup mereka,” katanya.

Harga UX (2019) di Amerika Syarikat bermula AS$33,025 (RM136,724), lebih murah AS$4,000 (RM16,560) daripada versi SUV Lexus lebih mewah, NX. Harga NX 300 Urban (model basis) di Malaysia ialah RM326,000.

GALERI
LEXUS UX200 (2019)
LEXUS UX250h F SPORT (2019)

SUMBER: Lexus.com

Chika Kako Crossover F Sport Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Lexus Lexus UX Lexus UX (2019) Lexus UX 250h Lexus UX200 Platform GA-C Roda4 SUV
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

22/07/2026
Mercedes-Maybach GLS 2027
Auto Terkini

Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

22/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

20/07/2026
Volkswagen ID. Cross 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

21/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.