Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Lexus LC-F Mahu Cabar Nissan GT-R, Bakal Tampil Mewah dan Berkuasa
Roda4

Lexus LC-F Mahu Cabar Nissan GT-R, Bakal Tampil Mewah dan Berkuasa

Han OthmanBy Han Othman19/04/20184 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

LEXUS LC F yang dijangka menjengah pasaran pada 2019 diuar-uarkan bakal menjadikan Nissan GT-R Nismo dan Mercedes-AMG GT sebagai pesaing utama supercar itu.

Menurut laman web Jepun, Best Car Web, LC F bukan saja meletakkan prestasi GT-R sebagai penanda aras, tetapi turut menawarkan segala ciri kemewahan dan kehalusan yang biasa dilihat pada model-model seperti BMW M6 dan Mercedes-AMG GT. Jika benar itu disasarkan, memang banyak kerja perlu dilakukan Lexus bagi merealisasikan impian tersebut.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Nissan GT-R Dipanggil Godzilla, Bukan Dugong atau Ketam?

PERLU LEBIH RINGAN

Mengikut standard model sedia ada, LC 500 ditawarkan dengan enjin aspirasi natural (NA) V8 5.0L dan V6 3.6L hibrid. Jadi, jika Lexus mahu mendapatkan lebih kuasa kuda bagi varian F kelak, enjin V8 pastinya memerlukan sokongan sistem supercaj untuk ledakan kuasa sekitar 600hp.

Bukan itu saja, Lexus juga perlu menumpukan kepada tugas-tugas mengurangkan berat jentera supaya model itu nanti dapat beraksi lebih mantap dan meyakinkan.

BACA >>> #Videotomotif: Audi RS 6 Avant ‘Tapau’ Nissan GT-R dalam Lumba Drag

Walaupun dijana kuasa enjin V8, model coupe sport sedia ada masih perlu menanggung berat badan kereta yang berlebihan (1,941kg). Malah, umum memang mengetahui tentang masalah berat kereta yang menjadi penyumbang utama kepada kekangan prestasi model RC F sedia ada.

Namun, jika Lexus mampu mengatasinya pada LC bagi varian F ini, pastinya status juara dalam genggaman.

SUMBER: Car Scoops

Lexus Lexus LC F Nissan GT-R Nismo Roda4 Supercar
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
Auto Terkini

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

28/07/2026
Mercedes-AMG A45 S Final Edition
Roda4

Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

28/07/2026
Porsche Cayenne Turbo Electric previu di Malaysia
Roda4

Porsche Cayenne Turbo Electric Tayang di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2 Juta!

28/07/2026
Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Nissan GT-R NISMO 2020
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

By Abang Hirata28/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.