Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Lexus IS Facelift (2017) Ekstra Premium, Harga RM306k – RM423k
Roda4

Lexus IS Facelift (2017) Ekstra Premium, Harga RM306k – RM423k

Abang HirataBy Abang Hirata19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LEXUS IS ialah model penting dan ikonik bagi pengeluar kereta premium, Lexus. Jika BMW ada 3 Series, maka IS adalah lawannya dan Lexus sangat berbangga dengan model itu. Walaupun direka di Jepun, tetapi banyak input diperoleh daripada Lexus Eropah. Malah, model-model Lexus turut diuji di litar Núrburgring, Jerman bagi memastikan keupayaan jenama itu setara dengan jenama premium lain.

Paling istimewa, IS dipacukan roda belakang, sesuatu yang rare bagi pembuatan kereta moden mewah hari ini. Terima kasih kepada bapa IS, iaitu Nobuaki Katayama.

BACA >>> Lexus Tampil SUV Kompak Premium – NX Facelift dan 200t Special Edition

PERUBAHAN MINOR

Selepas dilancarkan di Malaysia pada Oktober 2015, Lexus Malaysia baru-baru ini memperkenalkan Lexus IS versi dipertingkat (facelift). Perubahan IS facelift (2017) hanya minor dan tidak melibatkan bahagian enjin kecuali teknologi mula-henti automatik. Antara ciri baharu Lexus IS facelift (2017) ialah:

LUARAN

  • Gril spindel, bampar depan dan belakang
  • Lampu utama Bi-LED (tiga lensa untuk IS300h)
  • Lampu signal depan LED
  • Lampu belakang (undur, signal belok dan kabus) LED
  • Muncung ekzos krom
  • Rim aloi 17-inci – IS 200t Premium, IS 300h
  • Rim aloi 18-inci – IS 200t Luxury, IS 200t F SPORT / saiz rim belakang lebih lebar
  • Tayar run flat – IS 300h
  • Opsyen 7 warna / Heat Blue – IS 200t F SPORT.

DALAMAN

  • Paparan navigasi pelbagai pandangan elektro (electro multi-vision navigation – EMVN) 10.3-inci dengan fungsi dua skrin pecahan
  • Sistem audio Mark Levinson Premium Surround dengan 15 pembesar suara – IS 200t F SPORT; IS 300h
  • Sistem audio Lexus Premium dengan pemain DVD dan 10 pembesar suara – IS 200t Premium; IS 200t Luxury
  • Fungsi akses ENTER dan BACK pada antaramuka sentuhan kawalan (Remote Touch Interface – RTI) di konsol tengah
  • Kayu bidik atau joystick untuk menukar tetapan di sebelah tombol gear
  • Pemegang cawan di konsol tengah rekaan baharu.
  • Perehat lutut baharu
  • Jam analog rekaan baharu
  • Cermin padang belakang tanpa bingkai
  • Punat kawalan stereng baharu
  • Meter bacaan daya-G
  • Opsyen 7 warna / Wedge Metal dan warna dalaman Black atau Dark Rose – F SPORT

CIRI KESELAMATAN

  • 10 beg udara
  • Pengurusan Besepadu Dinamik Kenderaan (Lexus Vehicle Dynamics Integrated Management – VDIM): Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD), Kawalan Traksi (TRC) dan Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC)
  • Sistem Amaran Tekanan Tayar (TPMS)
  • Bantuan Parkir
  • Sistem Pemantau Pandangan Belakang (RVMS)
  • Cermin sisi dengan Pemantau Titik Buta (BSM) dan Amaran Lalu Lintas Belakang  (RCTA) – IS 200t Luxury; IS 200t F SPORT; IS 300h.

Berikut ialah harga Lexus IS mengikut varian (harga atas jalan):

  • IS 200t Premium – RM 306,327.21
  • IS 200t Luxury – RM 341,464.25
  • IS 200t F SPORT – RM 376,401.29
  • IS 300h – RM 423,677.00

Lexus IS didatangkan dengan waranti lima tahun tanpa had perjalanan dan tambahan waranti lapan tahun untuk bateri bagi model Lexus IS 300h Hibrid.

LEXUS IS 200t PREMIUM/LUXURY

LEXUS IS 200t F SPORT

LEXUS IS 300h (HIBRID)

SUMBER: Lexus Malaysia

kereta mewah Lexus Lexus IS Lexus IS facelift (2017) Lexus Malaysia Roda4 sedan mewah
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    07/07/2026
    Roda4

    Pikap Musso Kembali! KGM Motors UK Perkenal Musso Rhino dan Musso Rhino+

    07/07/2026
    GWM Wey 05 Malaysia
    Autotainment

    Protected: Kenapa Hibrid Pintar GWM Hi4 Lebih Masuk Akal Berbanding Lompat Terus ke EV?

    06/07/2026
    Ferrari 12Cilindri Manuale 2027
    Roda4

    Ferrari 12Cilindri Manuale 2027 – Gear Manual Tanpa Transmisi Manual!

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    Roda2

    Harley-Davidson Perkenal Koleksi Eksklusif Liberty Edition 2026 Di Kuala Lumpur

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.