Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Lexmoto Lancar LXR 125, LXR SE 125 (2021) di UK, Harga Mula RM14k
Auto Terkini

Lexmoto Lancar LXR 125, LXR SE 125 (2021) di UK, Harga Mula RM14k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju23/03/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGELUAR motosikal berpangkalan di Britain, Lexmoto mengemas kini model popular, LXR 125 dan LXR 125 SE dengan ciri dipertingkat dan enjin lebih berkuasa, termasuk tambahan gear dan panel meter TFT baharu untuk varian SE.

Model edisi 2021 patuh Euro 5 ini dijual pada harga £2,499.99 (RM14,240) untuk varian standard LXR 125 dan £2,799.99 (15,950), LXR SE 125, pada 23 Mac ini. Bagaimanapun, jenama ini tidak dibawa masuk untuk pasaran Malaysia.

Berikut ciri menarik LXR 125 dan LXR SE 125 (2021):

LXR 125 – Hitam/Emas
LXR 125 – Hitam/Merah
LXR 125 – Hitam/Putih
LXR 125 SE – Htam/Merahi
  • Tampil dengan warna baharu. LXR 125 menawarkan pilihan warna Hitam/Emas, Hitam/Merah dan Hitam/Putih, manakala LXR SE 125, dengan warna Merah/Hitam.
  • Dikuasakan enjin silinder tunggal 125cc penyejukan cecair berkuasa 12.5hp @ 9,000rpm (tambahan 0.4hp @ 500rpm, lebih rendah berbanding model sebelum) dan 11Nm @ 6,750rpm (tambahan 1.5Nm @ 250rpm, lebih tinggi).
  • Dipadan kotak gear 6-kelajuan untuk tunggangan pada halaju 105-113kmj yang lebih selesa. Monoshock direka semula untuk pengendalian lebih sporty dan fiil tunggangan lebih baik atas jalan.
  • Mengekalkan identiti sebagai motosikal aras mula untuk penunggang baharu dengan brek cakera kembar di depan dan brek cakera tunggal di belakang.
  • Tinggi pelana 820mm disertakan bersama kit khas untuk melaraskan ketinggian. Saiz rim 17 inci, dibalut tayar 110/70-17 di depan dan 150/70-17 di belakang.
  • Varian SE didatangkan dengan ciri khas seperti panel meter TFT baharu, fork terbalik (USD) boleh laras dan swingarm aluminium lebih ringan.

Harga menarik ditawarkan Lexmoto menjadikan jenama itu popular dalam kalangan penunggang baharu atau muda di Britain, terutama pemilik lesen A2, sebelum beralih kepada motosikal lebih besar.

Mungkin ada pengedar motosikal di Malaysia yang berminat membawa masuk model ini untuk memeriahkan pasaran dua roda kita? Benda murah siapa saja yang tak sukakan?

BACA >>> Kymco Like 125 Sport (2021) Lancar untuk Pasaran Eropah, Harga RM13.2k
BACA >>> Skuter China, Lexmoto Echo Jadi Motosikal Paling Laris di UK

LEXMOTO 125 (2021)
LEXMOTOR 125 SE (2021)

SUMBER: VisorDown

beginner bike big bike Lexmoto lexmoto lxr 125 lexmoto lxr se 125 roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.