Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Lewis Hamilton Jual Mercedes-Maybach S600, Harga £104,990 (RM561,105)
Auto Terkini

Lewis Hamilton Jual Mercedes-Maybach S600, Harga £104,990 (RM561,105)

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju05/05/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JIKA mampu beli sedan mewah seperti Mercedes-Benz S-Class, kenapa tidak beli saja versi Maybach? Secara spesifiknya, Maybach sudah dimiliki sepenuhnya Daimler-AG dan kini menjadi subjenama kepada Mercedes-Benz di bawah jenama Mercedes-Maybach yang menumpukan kepada pembuatan kereta ultra mewah.

Model S-Class ialah antara jenama yang dibangunkan di bawah Mercedes-Maybach dan sala seorang pemiliknya ialah Juara Dunia Formula Satu (F1), Lewis Hamilton. Kini kereta itu mahu dijual.

Mercedes-Maybach S600 kepunyaan pelumba dari Britain itu disenaraikan dalam AutoTrader UK, pada harga £104,990 (RM561,105) dengan dilengkapi pelbagai spesifikasi hebat seperti rim aloi 22-inci, set infotainment belakang dan kamera pandang sekeliling 360º.

KESELESAAN DIGANDAKAN

Pengarah Editor Auto Trader, Erin Baker berpendapat kereta itu sangat mewah dan model standard S-Class ialah antara versi paling prestij pernah dihasilkan Mercedes, tetapi edisi Maybach ini digandakan lagi elemen prestij itu menerusi ciri keselesaan terbaik dengan teknologi tercanggih.

“Sebagai pelumba F1 Mercedes dan juara dunia 4 kali, tidak hairan Lewis mahukan kereta terbaik antara terbaik. Saya berpendapat Mercedes sudah menawarkan sesuatu yang lebih istimewa kepada Lewis untuk menggantikan kereta ini. Mungkin jentera barunya itu ialah sport hibrid Mercedes-AMG Project One,” teka Baker.

Walaupun Hamilton ada kemungkinan mampu memiliki Project One, tidak mustahil juga kereta yang dijualnya itu akan digantikan model Mercedes-Maybach baharu yang ditayangkan di Geneva baru-baru ini.

Akhirnya, sesiapa saja yang beli sedan mewah Hamilton ini akan memilikinya dengan catatan odometer sejauh 44,256km. Kereta ini turut dilengkapi bumbung panoramik, penglihatan malam (night vision), sistem audio Burmester, pakej eksklusif, pakej kerusi belakang selesa, paparan dongak (HUD), salutan mewah Alcantara dan lain-lain lagi.

SUMBER: CarScoops

Auto Terkini Erin Baker F1 Formula Satu (F1) Lewis Hamilton Maybach Mercedes-AMG Project One Mercedes-benz Mercedes-Maybach S600 Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.