Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Lepas Ambil Balik Jenama Peugeot, Ini Pelan Stellantis untuk Pasaran Malaysia
Auto Terkini

Lepas Ambil Balik Jenama Peugeot, Ini Pelan Stellantis untuk Pasaran Malaysia

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju05/04/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


STELLANTIS Malaysia memberi sedikit bayangan tentang apa rancangan mereka selepas bergelar pemilik penuh kilang Naza di Gurun dan mengambil alih semula jenama Peugeot dari Bermaz Auto.

Taklimat perancangan itu disampaikan Pengarah Urusan Stellantis Malaysia, Jamie Francis Morais semasa satu majlis berbuka puasa di sebuah hotel di ibu negara minggu ini. Ada empat fokus utama digariskan iaitu pelanggan, pengedar dan jenama.

PELANGGAN

Stellantis mahu mengembalikan jenama itu semula ke pasaran Malaysia dengan tumpuan kepada pelanggan. Ini kerana Stellantis berpendapat, tidak banyak usaha diberikan terhadap aspek pengalaman pelanggan (sebelum ini).

Jamie berkata:

Kami mahu lakukannya dengan lebih baik. Stellantis ada di sini untuk memastikan pelanggan benar-benar menerima yang terbaik dari kami dan jenama. Kami akan mengusahakan beberapa perkara dalam masa terdekat.

“Salah satu usaha diumumkan sebelum ini ialah pusat panggilan. Semasa kami bermula beroperasi pada 1 Mac lalu, kami juga melancarkan Pusat Panggilan Stellantis pada hari sama yang membantu pelanggan 24 jam 7 hari seminggu.”

Perhatian juga diberikan terhadap usaha ‘menarik kembali’ pelanggan terdahulu kerana ada segelintir pengguna beranggapan Peugeot tidak lagi wujud di Malaysia selepas zaman Naza. Selain itu, Stellantis Malaysia juga mahu mengekalkan pelanggan sedia ada.

Secara kasarnya, ada kira-kira 20,000 pengguna dan pemilik kenderaan jenama Peugeot di Malaysia dan Stellantis menyatakan mereka mahu menjaga golongan ini.

Jamie menyatakan pihaknya ada bertemu dengan beberapa kelab kereta dan mempelawa mereka ke Gurun, Kedah termasuk memandu uji model terbaharu Peugeot 408.

PENGEDAR

  • Stellantis juga mahu memastikan golongan pengedar sedia ada yang menjaga pelanggan dan jenama akan menerima ganjaran masing-masing kelak.
  • Firma itu merancang untuk menambah lebih banyak rangkaian pengedar dan pusat servis di seluruh negara secara berperingkat-peringkat.
  • Lokasi baharu itu menyaksikan Stellantis Malaysia turut memenuhi keperluan pengguna di kawasan Pantai Timur dan juga Sarawak.

JENAMA

  • Jamie mengakui perlu ada usaha dibuat untuk ‘menghidupkan’ semula jenama kenderaan termasuk Peugeot. Ia hanya boleh dibuat dengan mengembalikan kepercayataan terhadap jenama.
  • Stellantis juga akan menjalankan promosi menarik pelanggan melalui saluran pemasaran digital dan tradisional.
  • Usaha membangunkan jenama juga akan melibatkan kerjasama dengan pihak institusti kewangan, insurans dan B2B.
  • Stellantis Malaysia juga ada rancangan memperkenalkan dan mengembalikan beberapa jenama kenderaan ke Malaysia termasuk Jeep.
  • Malah kilang di Gurun akan terlibat dalam aktiviti eksport kenderaan ke negara luar.
autoterkini Jamie Francis Morais Peugeot Roda4 Stellantis Malaysia
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    23/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Roda4

    BMW M3 Touring Competition M xDrive Rasmi Tiba di Malaysia, Wagon M Pertama, Harga RM898,800

    23/07/2026
    Roda4

    BMW M2 CS Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM950,800!

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.