Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Lelaki Ini Pernah Miliki Berpuluh Subaru, Forester Baharu Unit ke-26!
Auto Terkini

Lelaki Ini Pernah Miliki Berpuluh Subaru, Forester Baharu Unit ke-26!

Abang HirataBy Abang Hirata17/05/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

DALAM perniagaan automotif, kesetiaan pelanggan merupakan elemen penting yang mencerminkan kualiti produk dan perkhidmatan yang cemerlang.

Seseorang pembeli biasanya akan bertukar kereta selepas beberapa tahun dan pengalaman pemilikan sangat penting.

Kesetiaan pelanggan boleh dilihat di sesebuah rumah yang penuh dengan model satu jenama. Pelanggan yang berpuas hati juga tidak malas untuk menyarankannya kepada kenalan lain.

Subaru UK & Ireland baru-baru ini meraikan pencapaian luar biasa seorang pelanggan setia, Bill Nunn, yang telah menerima Subaru ke-26 beliau, sebuah Forester generasi keenam serba baharu.

Kisah ini bukan sahaja mempamerkan hubungan yang kukuh antara jenama dan pelanggan, tetapi juga menekankan reputasi Subaru dalam menghasilkan kenderaan yang selamat, boleh dipercayai, dan memuaskan hati.

Bill Nunn mula memiliki produk Subaru pada tahun 1995 melalui pembelian sebuah Legacy Estate.

Sejak Adams Brothers di Aylesbury dilantik sebagai Pengedar Utama Subaru pada Mac 1999, Nunn telah mempercayai mereka untuk semua keperluan kenderaan Subarunya.

Hubungan jangka panjang ini mencerminkan komitmen Adams Brothers terhadap perkhidmatan pelanggan yang konsisten dan nilai-nilai perniagaan yang kukuh.

Dari sini, bukan sahaja produk malah khidmat pelanggan yang cemerlang juga memainkan peranan penting dalam kesetiaan pelanggan.

Adam Brothers pula bukan calang-calang, dan merupakan sebuah perniagaan keluarga generasi keempat.

Sejak 1995, Nunn telah memiliki pelbagai model Subaru, termasuk Legacy, Impreza, Forester dan Outback.

Dengan sejumlah model yang dimiliki, Nunn sangat berpuas hati dengan kedua-dua produk dan perkhidmatan.

“Saya gembira untuk menerima Forester baharu ini, Subaru ke-26 yang telah saya miliki dalam tempoh 30 tahun.

Sejak pembelian Subaru pertama saya, kenderaan-kenderaan ini telah mengalami evolusi yang signifikan dari segi kemodenan, keupayaan, dan keluasan ruang. Namun demikian, nilai-nilai teras yang menjadi identiti Subaru tetap dipertahankan.

Subaru adalah kenderaan yang amat baik, memberikan keseronokan dalam pemanduan, keselesaan, keandalan, dan keselamatan.

Sepanjang 30 tahun penggunaan untuk tujuan pekerjaan dan peribadi merentasi ratusan ribu kilometer dalam pelbagai keadaan Subaru tidak pernah mengecewakan saya.

Pengalaman saya dengan pihak pengedar sepanjang tiga dekad ini juga konsisten dari segi kebolehpercayaan.

Adams Brothers sentiasa memberikan perhatian, kejujuran, dan kepercayaan mereka adalah sebuah perniagaan keluarga yang disokong oleh kakitangan yang mesra dan dikenali.

Saya tidak teragak-agak untuk memberikan saranan tertinggi kepada mereka. Pastinya, saya akan kembali lagi untuk urusan selanjutnya,” ulas Nunn.

Di pasaran UK, Subaru Forester ditawarkan dalam varian 2.0i Limited, 2.0i Field, dan 2.0i Touring.

Forester dibekalkan rangkaian kuasa hibrid e-Boxer yang menghasilkan 185 ps dan 182Nm. Harga bermula dari £39,995 (RM223,582).

Subaru Forester Generasi Ke-6:

  • Reka Bentuk: Forester generasi ke-6 menampilkan reka bentuk luaran yang diperbaharui, menggabungkan estetika yang anggun dan kontemporari dengan ciri-ciri lasak yang menjadi ciri khas Forester.
  • Peningkatan Keselamatan: Teknologi bantuan pemandu EyeSight yang dipertingkatkan, menawarkan ciri-ciri keselamatan lanjutan untuk melindungi pemandu dan penumpang.
  • Keselesaan dan Kemudahan: Forester baharu ini menawarkan ruang dalaman yang lebih luas dan ciri-ciri kemudahan seperti pintu belakang kuasa bebas tangan, meningkatkan keselesaan dan kepraktisan untuk kegunaan harian.

Spesifikasi Teknikal Subaru Forester:

  • Rangkaian kuasa:
    • Enjin: 1,995 cc e-Boxer, 4-Silinder, Petrol
    • Bateri: Litium-Ion
    • Kapasiti Tangki Bahan Api (liter anggaran): 48
  • Prestasi:
    • Kuasa Maksimum (KW / PS @ rpm): 136/186 @ 5,600 rpm
    • Tork Maksimum (Nm @ rpm): 182 @ 4,000 rpm
    • Kelajuan Maksimum: 187 km/j
    • Pecutan (0-100 km/j, saat): 12.2
  • Penggunaan Bahan Api:
    • Penggunaan Bahan Api (WLTP) Gabungan: 8.09 liter/100km
  • Dimensi & Berat:
    • Panjang Keseluruhan (mm): 4,670; Lebar Keseluruhan (mm): 1,830 (2,062); Tinggi Keseluruhan termasuk rel bumbung (mm): 1,730
    • Jarak Roda (mm): 2670
    • Jarak kelegaan tanah (pada berat kerb) (mm): 220
    • Isipadu but kerusi tegak (liter): 508
    • Isipadu but kerusi dilipat (dengan bumbung suria) (liter): 1,679
    • Isipadu but kerusi dilipat (tanpa bumbung suria) (liter): 1,731
    • Berat kerb (kg): 1,693 (2.0i Limited/Field), 1,732 (2.0i Touring)
Forester Subaru Subaru Forester
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    MOF Pertimbang Konsep ‘Approved Person’ Dalam BUDI Diesel

    24/06/2026
    CAAM jadi badan berkanun bebas
    Auto Terkini

    Jangan Buat 6 Kesalahan Jalan Raya Ini Kalau Tidak Mahu Dikompaun Maksimum RM500 Mulai 2029

    24/06/2026
    Auto Terkini

    Pemandu Lori Terima RM10,000 Selepas Selamatkan 21 Penumpang Bas Di Menora

    24/06/2026
    Auto Terkini

    Projek NPE 2 Bermula, Dijangka Siap 2029, Bakal Alihkan 40 Peratus Trafik ke KL

    24/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    By Abang Hirata20/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    By Syafie23/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.