Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Lebuhraya CCLEX Filipina Tangguh Guna RFID Penuh, Elak Kaunter Khidmat Pelanggan Sesak
Auto Terkini

Lebuhraya CCLEX Filipina Tangguh Guna RFID Penuh, Elak Kaunter Khidmat Pelanggan Sesak

Han OthmanBy Han Othman05/10/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGURUSAN Lebuhraya Lingkaran Cebu-Cordova (CCLEX) di Filipina menangguhkan pelaksanaan penuh penggunaan sistem Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di lebuh raya itu.

Keputusan itu dibuat untuk memberi masa kepada pengguna melengkapkan pendaftaran dan pemasangan RFID selain mengelak kesesakan panjang di pusat perkhidmatan pelanggan CCLEX.

BACA >>> Penunggang Bawah 400cc Mula Guna Lebuhraya CCLEX di Filipina, Tol RM4.80
BACA >>> Lebuh Raya Cebu-Cordova Guna RFID Penuh Bulan Depan, Tiada Lagi Lorong Tunai!

CCLEX sebelum ini mengumumkan akan melaksankan sistem kutipan tol tanpa tunai bermula 1 Oktober lalu kerana lebuh raya baharu itu memang direka untuk beroperasi dengan sistem tol elektronik penuh. Malah, sistem RFID penuh juga baik untuk keselamatan pengguna selain dapat melancarkan pengalaman pemanduan di lebuh raya CCLEX.

CCLEX menawarkan pemasangan RFID percuma seawal Disember tahun lalu, dan kini pendaftaran sudah melebihi 90,000 kenderaan.

Bahagian inovasi digital Perbadanan Lebuhraya Matro Pasifik (MPTC), MPT Mobility bertanggungjawab membangunkan aplikasi MPT DriveHub untuk pengguna CCLEX membuat isian semuala akaun RFID. Menerusi aplikasi mobil itu, pengguna boleh mendaftar atau memautkan akaun RFID mereka semudah mengimbas kod QR pada kad CCLEX atau memasukkan nombor kad CCLEX, atau mendaftar menerui e-mel.

Selain memudahkan isi semula akaun, aplikasi MPT DriveHub juga membenarkan pengguna memantau baki RFID secara masa nyata, dan transaksi boleh dilakukan menggunakan kad kredit, debit, atau perkhidmatan wang elektronik seperti Maya dan GCash. Jika mahu membuat isian semula tunai, pengguna perlu mengunjungi pusat perkhidmatan pelanggan berhampiran plaza tol.

BACA >>> Kapcai, Skuter 110cc Kini Boleh Guna Lebuh Raya Cebu Cordova
BACA >>> Toyota Wigo (2022), ‘Axia Filipina’ yang Paling Laris dengan Enam Pilihan Warna

SUMBER: MotoPinas

Auto Terkini CCLEX Cebu-Cordova Link Expressway (CCLEX) Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) Lebuhraya Lingkaran Cebu-Cordova (CCLEX) MPT DriveHub MPT Mobility RFID
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
Auto Terkini

PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

27/07/2026
Auto Terkini

FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

27/07/2026
FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
Auto Terkini

PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

27/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.