• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Penunggang Bawah 400cc Mula Guna Lebuhraya CCLEX di Filipina, Tol RM4.80

Penunggang Bawah 400cc Mula Guna Lebuhraya CCLEX di Filipina, Tol RM4.80

July 6, 2022 By Aryon Leave a Comment

100
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PADA Jun lalu, pengendali lebuh raya Lebuhraya Rangkaian Cebu-Cordova (CCLEX) yang baru dibina, mengumumkan membenarkan penunggang motosikal bawah 400cc menggunakan lebuh raya bertol itu bermula 2 Julai lalu.

Bagaimanapun, keputusan itu mendapat bantahan daripada kumpulan motosikal lain dengan kapasiti enjin lebih besar.

BACA >>> Akta Doble Plaka: Mahkamah Dengar Bantahan Penunggang Motosikal Filipina

Ketika ramai penunggang motosikal kecil, hingga serendah 125cc, bergembira dengan keputusan CCLEX kerana memudahkan perjalanan selain lebih selamat, tetapi kumpulan motosikal lebih besar pula menganggaop tindakan itu sebagai berbahaya.

Ini kerana menurut kumpulan berkenaan, penunggang motosikal kecil berisiko hilang keseimbangan dan terbalik jika berlaku angin lintang atau kuat walaupun tiada kajian saintifik atau bukti bagi mengesahkan dakwaan tersebut.

Pada 2 Julai lalu, CCLEX mencipta sejarah menjadi pengendali lebuh raya bertol pertama membenarkan penunggang motosikal bawah 400 cc menggunakan lebuh raya berkenaan dengan caj akses 60 peso (RM4.80) sehala.

CCLEX berkata;

Motosikal dibenarkan menggunakan CCLEX buat kali pertama hari ini, 2 Julai. Motosikal perlu menggunakan lorong sendiri, ditanda garisan biru, manakala pondok tol terletak di kanan Plaza Tol."

Penunggang juga digalakkan memuat turun MPT DriveHub menerusi GooglePlay atau Apple App Store untuk menikmati perjalanan yang lebih mudah di CCLEX. Dengan aplikasi itu, penunggang dapat memuat isian semula tag Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) menggunakan kad kredit atau debit, Maya atau perkhidmatan lain.

Penunggang juga boleh membuat isian semula di Pusat Khidmat Pelanggan CCLEX dekat plaza tol.

CCLEX dikendalikan CCLEC, iaitu subsidiari Perbadanan Jalan Tol Pasifik Metro (MPTC). MPTC turut mengenalikan Lebuhraya Luzon Utara (NLEX), Lebuhraya Subic-Clark-Tarlac (SCTEX), CAVITEX, C5 Link, dan Lebuhraya Cavite-Laguna (CALAX).

BACA >>> Motosikal Bawah 400cc Boleh Masuk Lebuh Raya Cebu-Cordova, Tapi Kena Bayar Tol
BACA >>> Filipina Sediakan Stesen Baiki Motosikal, Basikal Percuma di Lebuh Raya

100
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Identifikasi Frekuensi Radio (RFID), Lebuh Raya Filipina, Lebuhraya Rangkaian Cebu-Cordova (CCLEX), RFID

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Proton X70 1.5L TGDi dari Shah Alam ke Desaru, Macam Tak Ada Beza Pun!

PROTON baru-baru menjemput media tempatan untuk sesi pandu uji khas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my