Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Lampu Glohh GL-2 untuk Land Rover Defender Dihasilkan!
Aksesori

Lampu Glohh GL-2 untuk Land Rover Defender Dihasilkan!

Abang HirataBy Abang Hirata20/06/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERHATIAN yang diberi kepada Land Rover Defender memang istimewa dengan mengumpul peminat dari serata dunia selain syarikat dan bengkel yang menumpukan kepada baik pulih dan naik taraf.

Terbaharu, syarikat lampu automotif Glohh dari Britain memperkenalkan GL-2, iaitu lampu belakang buatan khas untuk Land Rover Defender L316 (1990-2016).

Glohh sudah lama menghasilkan lampu untuk Land Rover dengan produk pertama lampu belakang GL-3 (foto atas) untuk Range Rover Sport L320 yang dilancar pada 2013. Berikut fakta mengenai lampu belakang GL-2:

  • Ditawarkan dalam dua jenis, iaitu lensa merah untuk peminat gaya asli Defender, dan GL-2X dengan lensa jernih gelap untuk gaya moden dan minimalis.
  • Lampu Glohh dibuat berkembar supaya mudah dilihat dan juga jenis LED penuh selain rekaan utilitarian serta moden supaya sepadan dengan Defender.
  • Tiga lampu Glohh membentuk ciri moden pada Defender, manakala logo Glohh memberikan imej premium.
  • Lampu besar mempunyai fungsi utama, iaitu lampu brek, lampu signal belok  atau lampu kecemasan, dan lampu undur.

  • Lingkaran lampu tampil cantik dalam rekaan empat kluster dan nyalaan sekuensial.
  • Lampu sebelah juga memainkan peranan penting seperti membrek, manakala lampu tunggal di atas untuk isyarat belok dan kecemasan.
  • Lampu tambahan itu terbuka untuk disusun mengikut pilihan peribadi. Lampu signal belok boleh dipasang pada bahagian atas atau ditukar dengan lampu brek di bawah.
  • Nyalaan sekuensial atau Dynamic Start-up Display (DSD) berfungsi ketika Defender dihidupkan dengan nyalaan kecil hingga separa dan berlanjutan hingga siap melalui 24 diod lampu.

  • Dari segi keselamatan dan teknologi, dua lampu sebelah-menyebelah memainkan peranan untuk nyalaan isyarat belok dan kecemasan, mengundur, kabus dan brek.
  • Lampu tersebut menggunakan lampu undur 5,000 Kelvin pada setiap sisi, manakala lampu kabus lebih terang dengan jumlah watt sekali ganda dan sudut jangkauan lebih luas.
  • Dari segi ketahanan, lampu belakang GL-2 diuji dalam suhu ekstrem dan cuaca yang pelbagai di Iceland.
  • Material buatan mengunakan bahan polimetil metakrilat yang diperkuat dan struktur berombak supaya tahan hentakan dan gegaran. Tahap kalis air diuji supaya melepasi tahap IP67.
  • Pembuatan perkakasan aftermarket untuk Defender bukan saja perlu cantik, tetapi juga tahan lasak sesuai dengan praktikaliti model itu.
  • Lampu GL-2 boleh dipasang terus tanpa memerlukan pendawaian atau komponen tambahan, termasuk memenuhi piawaian ECE dan DOT.

Lampu GL-2 dijual pada harga GBP£489 (RM2,930), manakala GL-2X berharga GBP£539 (RM3,230). Selain lampu belakang, Glohh juga mempunyai lampu signal belok dan lampu sisi untuk bahagian depan Defender yang akan menyusul selepas ini.

aksesori Glohh Glohh GL-2 Glohh GL-2x Land Rover Land Rover Defender Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Mercedes-AMG A45 S Final Edition
    Roda4

    Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

    28/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    LS2 Global previu produk 2027
    Aksesori

    LS2 Malaysia Catat Pertumbuhan Jualan, Perkenal Koleksi Terbaharu 2027

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.