Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Lamborghini Urus Performante untuk Polis Dubai!
Roda4

Lamborghini Urus Performante untuk Polis Dubai!

Abang HirataBy Abang Hirata14/07/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS dikeluarkan sejak Disember 2017, Automobili Lamborghini memperkenalkan dua varian Urus pada 2022 iaitu Urus Performante dan Urus S.

Kedua-dua varian menggunakan enjin 4.0L turbo kembar V8 yang menghasilkan output kuasa 666hp @ 6,000rpm. dan tork 850Nm dengan transmisi automatik 8-kelajuan.

URUS PERFORMANTE VS URUS S

  • Julat tork maksimum berbeza: Rev Performante lebih rendah (2,250rpm), iaitu 50rpm lebih awal berbanding Urus S, dan putaran rev hingga 4,500rpm.
  • Lebih tangkas: Pecutan 0-100kmj Performante mengambil masa 3.3 saat, iaitu 0.2 saat lebih laju daripada Urus S. Pecutan 0-200kmj pula mengambil masa 11.5 saat, dan tambahan 1 saat untuk Urus S, manakala kelajuan maksimum 305kmj berbanding 306kmj (Urus S).

  • Jarak membrek berbeza: Performante mengambil jarak 32.9 meter untuk berhenti, manakala Urus S (33.7 meter).
  • Lebih ringan:  Performante lebih ringan 47kg daripada Urus S.

Berbekalkan segala prestasi yang ada, memang tepat Lamborghini Dubai meneruskan kerjasama dengan Polis Dubai dan menyerahkan Urus Performante sebelum penghujung 2023 yang juga ulang tahun ke-60 Lamborghini.

Berlangsung sempena Pertunjukan Udara Dubai 2023, Ketua Serantau, Automobili Lamborghini Timur Tengah dan Afrika, Paolo Sartori menyerahkan kunci Urus Performante kepada Pemangku Ketua Komander Polis Dubai, Jeneral Mejar Ahmed Mohammed Thani.

UBAH SUAI DIBUAT

Sebelum ini Lamborghini turut menyerahkan Urus kepada Polis Dubai pada 2022. Performante yang diserahkan disesuaikan mengikut kegunaan pihak berkuasa dengan beberapa modifikasi seperti berikut:

  • Grafik badan hijau-putih dengan perincian pada bonet dan pintu tertera logo polis atau ‘الشرطة’.
  • Spoiler belakang dipasang lampu biru LED 360º dengan siren elektrik.
  • Ruang penumpang dimuatkan pelbagai aksesori Polis Dubai seperti kotak pistol dan paparan pesanan boleh lipat.
  • Bahagian but ada kotak khas. Selain barangan polis, turut disediakan defibrilator untuk bantuan kecemasan.

Urus baharu ini akan digunakan bagi memberi perkhidmatan lebih baik kepada penduduk dalam mengekalkan keselamatan dan sekuriti sosial serta memberi khidmat di lokasi pelancongan popular.

Lamborghini Lamborghini Urus Lamborghini Urus Performante Polis Dubai Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Sukan Permotoran

    Dari April Fool ke Litar: BMW M3 Touring 24H Sah Berlumba di Nürburgring

    18/03/2026
    Sukan Permotoran

    TGR Malaysia Sertai Thailand Super Series 2026

    17/03/2026
    Sukan Permotoran

    Viper Niza Racing Mula Kempen Michelin 24H Series Eropah 2026 di Mugello

    18/03/2026
    Auto Terkini

    iCAUR Malaysia Rai Pencapaian Baharu, 1,800 Unit Kenderaan Kini Atas Jalan

    17/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Roda4

    Proton X90 2026 Facelift Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM99,800

    By Syafie15/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.