Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sukan Permotoran»TGR Malaysia Sertai Thailand Super Series 2026
Sukan Permotoran

TGR Malaysia Sertai Thailand Super Series 2026

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam04/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

WAKIL pengedar kenderaan Toyota di Malaysia, UMW Toyota Motor rasmi melancarkan pasukan Toyota GAZOO Racing (TGR) Malaysia untuk bersaing dalam kejuaraan Thailand Super Series (TSS) 2026, dengan penyertaan penuh dalam kategori GT4 menggunakan dua jentera Toyota GR Supra GT4 Evo2.

Barisan Pelumba Berpengalaman

Barisan pemandu terdiri daripada empat pelumba berpengalaman, Shaun Thong dan Weiron Tan yang memandu jentera #81, manakala Nazim Azman dan Putera Adam mengendalikan jentera #83 selain pasukan itu diketuai Jason Ong, 

Kedua-dua jentera akan bersaing dalam kelas GT4 yang turut disertai model seperti Porsche 718 Cayman GT4 RS Clubsport, Mercedes-AMG GT4 dan Aston Martin Vantage GT4, selain beberapa lagi GR Supra GT4 termasuk penyertaan pasukan Malaysia, Wing Hin Motorsport.

Shaun, 31, ialah pelumba paling berpengalaman dengan rekod 45 kemenangan perlumbaan, tujuh kejuaraan dan lebih 250 penyertaan.

Beliau pernah beraksi dalam pelbagai siri seperti British Formula Renault, Formula Ford UK, Nürburgring 24H bersama Audi, GT World Challenge Asia dan Super GT300.

Rakan sepasukan, Weiron, 31, ialah juara Lotus Supercup GT4 2011. Beliau pernah berlumba dalam Asian Le Mans Series, FIA World Endurance Championship dan GT World Challenge Asia, selain pernah menjadi pemandu rasmi Audi Sport Asia.

Bakat Muda Malaysia

Nazim, 24, memulakan karier dalam Italian Formula 4 sebelum beraksi dalam British Formula 3, Euro Formula Open dan FIA Formula 3 (F3).

Beliau juga pernah bersaing dalam Porsche Carrera Cup Asia (PCCA) 2023 dan 2024.

Putera Adam, 19, pula ialah produk program pembangunan bakat TGR Malaysia menerusi Toyota Vios Challenge.

Beliau kini mencipta sejarah sebagai pelumba Asia pertama menjuarai Lamborghini Super Trofeo Europe 2025 kategori Pro.

Spesifikasi GR Supra GT4 Evo2

Toyota GR Supra GT4 Evo2 dibina mengikut spesifikasi kategori GT4 dengan enjin 6-silinder sebaris 2,996cc turbo Twin-Scroll.

Kuasa maksimum bergantung kepada Balance of Performance (BoP), manakala tork maksimum mencecah 660Nm.

Jentera itu menggunakan transmisi automatik 7-kelajuan ZF yang diubah suai, dan dipadankan aci pacu (driveshaft) prestasi tinggi GKN dan diferensial gelincir terhad  (LSD) Drexler.

Sistem suspensi menggunakan konfigurasi MacPherson di hadapan dan multi-link (belakang) dengan absorber boleh laras KW.

Sistem brek pula menggunakan cakera keluli 390mm di depan dan 355mm (belakang) dengan kaliper 6-piston dan 4-piston.

Tayar menggunakan set ‘square’ Pirelli 305/660-18 pada rim OZ 18 inci pada keempat-empat penjuru.

Jadual Thailand Super Series 2026

TSS 2026 akan bermula dengan ujian pra-musim di Litar Antarabangsa Chang, Buriram pada 22 – 23 April, disusuli pusingan pertama pada 21 – 24 Mei di litar sama.

Pusingan kedua akan berlangsung di litar jalan raya Bangsaen sebelum siri beralih ke Litar Antarabangsa Sepang PETRONAS untuk pusingan ketiga dan keempat pada 21 – 23 Ogos dan 18 – 20 September.

Musim kemudian akan berakhir di Buriram pada 31 Oktober – 1 November 2026.

Buriram International Circuit motorsport Sepang International Circuit TGR Malaysia Thailand Super Series 2026 Toyota Gazoo Racing Toyota GR Supra GT4 Evo2 UMW Toyota Motor
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Škoda Peaq, SUV EV 7 Tempat Duduk, Jarak Lebih 640 km!

    24/06/2026
    Pelancaran Chery Tiggo 9 di Bangunan Sultan Abdul Samad, Dataran Merdeka, KL
    Roda4

    SUV Segmen-D Premium, Chery Tiggo 9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM166,800!

    24/06/2026
    Sukan Permotoran

    TGR Vios Challenge 2026: Aksi Sengit Di Sepang, Perebutan Kejuaraan Makin Terbuka

    23/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    23/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.