Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Lamborghini Miura P400 S (1969) dalam Bangsal Dilelong Sampai RM6.6 Juta!
Autotainment

Lamborghini Miura P400 S (1969) dalam Bangsal Dilelong Sampai RM6.6 Juta!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju01/07/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LAMBORGHINI Miura P400 S kuning yang ditemui di sebuah bangsal di Jerman dijual pada harga £1.25 juta (RM6.6 juta) pada sesi lelongan di London, Britain.

Supercar tahun 1969 itu dipercayai salah satu unit Miura paling asli yang tidak disentuh sejak bertahun-tahun lamanya, dan dijumpai dalam bangsal di kawasan pergunungan Black Forest, Jerman.

BACA >>> Ferrari F40 (1989) Versi ‘Restore’ Ini Siap dengan Sijil Ketulenan, Harga Bakal Cecah RM5 Juta!

Miura berusia 50 tahun itu digelar ‘kapsul masa’ berdasarkan kondisi asal yang tidak diusik, termasuk cat, trim dan semua komponen mekanikal sebenar, seperti baru keluar dari kilang Lamborghini di Sant’Agata Bolognese.

Rumah lelongan, RM Sotheby’s menjual kereta itu pada harga £1,248,125 (RM6.6 juta) pada acara Lelongan London tahun ke-13 di Kensington. Awalnya, kereta ini diramalkan dijual antara £800,000 hingga £1 juta (RM4.2 juta-RM5.3 juta).

Menariknya, firma itu membawa Miura P400 S ke acara lelongan tersebut dengan kondisi yang sama seperti keadaan ketika ditemui. Ini termasuk lapisan habuk tebal dan kotoran.

“Pemilik baru dapat bawa pulang kapsul masa Miura P400 S yang kali terakhir berpindah pemilik pada 1974,”

– RM Sotheby’s

Miura P400 S kekal dengan enjin asal 4.0L V12 dan tiada kesan pernah dibuka untuk dibaiki. Supercar ini dikatakan mampu menjana kuasa setinggi 370hp, pecutan 0-100kmj sepantas 4.5 saat, manakala kelajuan maksimum 285kmj).

BACA >>> #TahukahAnda: Inilah Sebab Kenapa Lamborghini Bikin SUV (dan Ferrari Pun Ikut Sama)

 

Odometer menunjukkan kereta ini cuma dipandu 29,020km sahaja, dengan purata pemanduan setiap tahun sepanjang 50 tahun lalu. Ruang kabin kekal warna Sky Blue tanpa kesan koyakan pada kerusi.

Sepanjang lima dekad lalu, ada dua perubahan Miura, iaitu dua lampu indikator baharu dan set abah-abah (harness) lumba Schroth.  Berdasarkan rekod, pemilik pertama Miura P400 S Giallo Flay ini ialah Walter Becker yang juga eksekutif pengiklanan dari Nürnberg di Jerman.

Becker juga pemilik berdaftar selama tiga tahun sejak 1971 sebelum kereta itu dijual kepada pelumba amatur, Hans-Peter Weber. Kisahnya, Becker dilaporkan memakai jubah mandi ketika menjual kereta tersebut! Weber kemudian menyimpan Miura itu dengan baik sehingga dia meninggal dunia pada 2015.

Lamborghini Miura dianggap sebagai supercar tulen dan menjadi terkenal selepas muncul dalam babak pembukaan filem The Italian Job.

BACA >>> 12 Fakta Pantas – Bukan Lancer EVO, Tetapi Lamborghini Huracan GT3 EVO (2019)!

GALERI
Auto Terkini Hans-Peter Weber kemalangan supercar kereta lelong Lamborghini Miura Lamborghini Miura P400 S Lelong Kereta RM Sotheby's Rumah Lelongan Supercar Walter Becker
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    F1 2026 | GP Hungary
    Formula Satu

    #F12026: Norris Raih Kemenangan Sulung Musim 2026 di GP Hungary

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.