• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Lamborghini Miura P400 S (1969) dalam Bangsal Dilelong Sampai RM6.6 Juta!

Lamborghini Miura P400 S (1969) dalam Bangsal Dilelong Sampai RM6.6 Juta!

November 12, 2019 By Brader Shawn Leave a Comment

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LAMBORGHINI Miura P400 S kuning yang ditemui di sebuah bangsal di Jerman dijual pada harga £1.25 juta (RM6.6 juta) pada sesi lelongan di London, Britain.

Supercar tahun 1969 itu dipercayai salah satu unit Miura paling asli yang tidak disentuh sejak bertahun-tahun lamanya, dan dijumpai dalam bangsal di kawasan pergunungan Black Forest, Jerman.

BACA >>> Ferrari F40 (1989) Versi 'Restore' Ini Siap dengan Sijil Ketulenan, Harga Bakal Cecah RM5 Juta!

Miura berusia 50 tahun itu digelar 'kapsul masa' berdasarkan kondisi asal yang tidak diusik, termasuk cat, trim dan semua komponen mekanikal sebenar, seperti baru keluar dari kilang Lamborghini di Sant'Agata Bolognese.

Rumah lelongan, RM Sotheby's menjual kereta itu pada harga £1,248,125 (RM6.6 juta) pada acara Lelongan London tahun ke-13 di Kensington. Awalnya, kereta ini diramalkan dijual antara £800,000 hingga £1 juta (RM4.2 juta-RM5.3 juta).

Menariknya, firma itu membawa Miura P400 S ke acara lelongan tersebut dengan kondisi yang sama seperti keadaan ketika ditemui. Ini termasuk lapisan habuk tebal dan kotoran.

"Pemilik baru dapat bawa pulang kapsul masa Miura P400 S yang kali terakhir berpindah pemilik pada 1974,"

- RM Sotheby's

Miura P400 S kekal dengan enjin asal 4.0L V12 dan tiada kesan pernah dibuka untuk dibaiki. Supercar ini dikatakan mampu menjana kuasa setinggi 370hp, pecutan 0-100kmj sepantas 4.5 saat, manakala kelajuan maksimum 285kmj).

BACA >>> #TahukahAnda: Inilah Sebab Kenapa Lamborghini Bikin SUV (dan Ferrari Pun Ikut Sama)

 

Odometer menunjukkan kereta ini cuma dipandu 29,020km sahaja, dengan purata pemanduan setiap tahun sepanjang 50 tahun lalu. Ruang kabin kekal warna Sky Blue tanpa kesan koyakan pada kerusi.

Sepanjang lima dekad lalu, ada dua perubahan Miura, iaitu dua lampu indikator baharu dan set abah-abah (harness) lumba Schroth.  Berdasarkan rekod, pemilik pertama Miura P400 S Giallo Flay ini ialah Walter Becker yang juga eksekutif pengiklanan dari Nürnberg di Jerman.

Becker juga pemilik berdaftar selama tiga tahun sejak 1971 sebelum kereta itu dijual kepada pelumba amatur, Hans-Peter Weber. Kisahnya, Becker dilaporkan memakai jubah mandi ketika menjual kereta tersebut! Weber kemudian menyimpan Miura itu dengan baik sehingga dia meninggal dunia pada 2015.

Lamborghini Miura dianggap sebagai supercar tulen dan menjadi terkenal selepas muncul dalam babak pembukaan filem The Italian Job.

BACA >>> 12 Fakta Pantas - Bukan Lancer EVO, Tetapi Lamborghini Huracan GT3 EVO (2019)!

GALERI
lamborghini-miura-10
lamborghini-miura-14
lamborghini-miura-6
lamborghini-miura-3
lamborghini-miura-8
lamborghini-miura-9
lamborghini-miura-13
lamborghini-miura-1
lamborghini-miura-9
lamborghini-miura-2
lamborghini-miura-12
lamborghini-miura-7
lamborghini-miura-11
lamborghini-miura-4

Artikel Berkaitan

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Auto Terkini, Hans-Peter Weber, kemalangan supercar, kereta lelong, Lamborghini Miura, Lamborghini Miura P400 S, Lelong Kereta, RM Sotheby's, Rumah Lelongan, Supercar, Walter Becker

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
    Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
  • Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
    Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
  • Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
    Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
  • Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi
    Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my