Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Lamborghini Huracan STO – Supercar Litar ke Jalan Raya, 640hp, 656Nm!
Roda4

Lamborghini Huracan STO – Supercar Litar ke Jalan Raya, 640hp, 656Nm!

Abang HirataBy Abang Hirata27/11/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JIKA ada anugerah pengeluar kereta eksotik paling aktif, ia patut diberikan kepada Automobili Lamborghini. Ada saja perkembangan baharu dikongsikan dan terkini muncul varian baharu Lamborghini Huracan STO.

Apa apa dengan Huracan STO? Ini kereta yang dihomologasi untuk pemanduan atas jalan raya biasa dan diilhamkan daripada jentera lumba Huracan Super Trofeo EVO dan Huracan GT3 EVO.

BACA >>> Ferrari Hibrid Pertama, SF90 Stradale Kini di Malaysia, Harga RM1.9 Juta

Huracan Super Trofeo EVO ialah jentera lumba one-make series, manakala Huracan GT3 EVO ialah juara tiga kali 24 Hours of Daytona dan juara dua kali 12 Hours of Sebring.

Memandangkan Huracán STO mempunyai pengaruh kuat litar lumba, banyak pengubahsuaian dibuat dan kini pemilik hanya perlu cuci kaki saja. Walaupun Lamborghini jenama prestasi, tetapi pengeluar itu tidak menghalang pemilik mengubah suai kereta masing-masing.

Huracan STO ialah jawapan Lamborghini kepada pemilik yang mahukan lebih kuasa menerusi kereta siap diubah suai dari kilang.

Trenkuasa
  • 5.2L aspirasi natural (NA) V10 daripada Huracán EVO dan Super Trofeo dengan transmisi dual klac (DCT) 7-kelajuan dan pacuan roda belakang (RWD).
  • Kuasa 640hp dan tork 565Nm @ 6,500rpm.
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 3.0 saat, dan 0-200 kmj sepantas 9  saat, manakala kelajuan maksimum 310kmj.\
  • Enjin ditala untuk karakter sporty dan responsif seperti jentera lumba, serta bunyi enjin dipertingkat pada rev tinggi.
  • Kelajuan anjakan gear dipertingkat untuk respon tinggi dan anjakan pantas.
Pemanduan
  • Ada tiga mod ANIMA baharu: STO, Trofeo dan Pioggia.
    • STO untuk pemanduan atas jalan dan selekoh.
    • Trofeo untuk jalan kering dan masa pusingan terpantas di trek.
    • Pioggia (hujan) mengoptimumkan kawalan traksi, pemvektoran tork, stereng roda-belakang (RWS) dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) atas jalan basah.
Pengendalian dan Pembrekan
  • Sistem suspensi Lamborghini MagneRide 2.0 untuk prestasi seperti litar dan keselesaan di jalan raya.
  • Trek roda dipanjangkan, sesendal (bushing) lebih keras, dan ada bar anti-oleng khas.
  • Kabel penyejukan brek depan baharu untuk cakera dan kaliper Brembo CCM-R baharu. Kombo kepada sirip udara cofango berfungsi menyingkirkan udara panas dari ruang roda depan.
  • Tambahan ventilator masukan udara di bawah badan dan nolder aerodinamik dioptimum.

BACA >>> Tomica Perkenal Civic Type R, GT-R dan Supra Sempena Aniversari ke-50

Luaran dan Aerodinamik
  • Bonet depan, fender dan bampar depan disatukan sebagai komponen tunggal.
  • Cofango direka pasukan jurutera Lamborghini dengan menggabungkan cofano (bonet) dan parafango (fender), termasuk bampar depan dipengaruhi model klasik Miura dan Sesto Elemento.
  • Komponen itu bukan saja ringan, tetapi juga menjimatkan masa akses seperti ciri kereta lumba.
  • Cofango turut dilengkapi spliter depan baharu yang menyalurkan udara secara terus ke bawah kereta dan diffser belakang.
  • Cofango dibentuk untuk menolak aliran udara ke bahagian atas fender dengan ventilator untuk memaksimumkan aliran udara keluar dari roda dan mengurangkan tekanan dalaman, termasuk meningkatkan kadar dayamendap (downforce) pada depan kereta.
  • Profil sisi cofango mengalirkan udara di sekitar roda depan dan mengurangkan seretan.
  • Saluran udara di bonet depan meningkatkan aliran udara melalui radiator tengah bagi menambah baik sistem penyejukan enjin dan membantu menghasilkan dayamendap.
  • Fender belakang baharu daripada Super Trofeo EVO mengurangkan seretan dan meningkatkan dayamendap bahagian belakang dan kecekapan aerodinamik.
  • Saluran udara NACA pada fender belakang berfungsi sebagai ventilator masukan udara enjin dengan saluran dipendekkan dan mengurangkan 30 peratus kehilangan tekanan statik.
  • But dengan skup udara meningkatkan penyejukan udara di dalam.
  • Sirip yu meningkatkan keupayaan dinamik, terutama ketika di selekoh dan membantu meluruskan aliran udara kepada sayap belakang dan meningkatkan tahap keberkesanan apabila membelok.
  • Sayap belakang boleh dilaraskan secara manual untuk mengoptimumkan keseimbangan aerodinamik dan rintangan seretan mengikut karakteristik litar.

Ciri aerodinamik ini meningkatkan kecekapan aliran udara 37 peratus dan meningkatkan dayamendap 57 peratus berbanding Huracan Performante.

Komponen Ringan
  • Lebih 75 peratus panel luar menggunakan gentian karbon.
  • Fender belakang dibuat menggunakan teknik gentian karbon jenis sandwic daripada teknologi aeroangkasa.
  • Teknik tersebut membantu mengurangkan 25 peratus penggunaan gentian karbon, tetapi masih mengekalkan kekuatan struktur yang sama.
  • Cermin depan 20 peratus lebih ringan berbanding Huracan Performante.
  • Rim magnesium menambah nisbah kekuatan kepada berat paling tinggi. Dipadankan tayar khas Bridgestone Potenza dalam versi jalan raya atau trek.
  • Berat kering Huracan STO dikurangkan kepada 1,339kg atau 43kg lebih ringan berbanding Huracan Performante.
Dalaman

  • Kerusi sport gentian karbon penuh.
  • Kabin dibalut material Alcantara dengan Carbonskin. 
  • Karpet digantikan dengan gentian karbon.
  • Panel pintu karbon penuh.
  • Gerbang belakang dengan tali keledar 4-poin dan ruang simpanan helmet.
  • Gerbang belakang dibangunkan bersama Akrapovič dan dibuat daripada aloi titanium gred tinggi, 40 peratus lebih ringan berbanding pelindung belakang besi tahan karat konvensional.
  • Grafik baharu untuk antaramuka mesin manusia (HMI) pada skrin sentuh.

Sama seperti Lamborghini lain, pemilik dapat memadankan Huracan STO mengikut pilihan peribadi program Ad Personam dengan kombinasi warna dan kemasan tanpa had. Dari segi keselamatan, supercar ini dilengkapi beg udara saiz penuh dua peringkat dan beg udara lateral saiz penuh, serta ditawarkan beg udara lutut untuk pasaran terpilih.

Kumpulan pertama Huracan STO akan diserahkan kepada pemilik pada musim bunga 2021. Harga cadangan Britain tidak termasuk cukai ialah £216,677 (RM1,182,790).

BACA >>> Lamborghini Huracán EVO Fluo Capsule Tawar Kemasan Kusam dalam Pilihan Warna-Warni

Huracán STO Lamborghini Lamborghini Huracán STO Roda4 Supercar
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    BMW M Concept Neue Klasse Diperkenalkan, Bayangan Masa Depan Model Prestasi Elektrik BMW M

    13/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: MG HS Hybrid+ Dipratonton – SUV Segmen-C Bakal Cabar Honda CR-V e:Hev?

    12/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Wuling HuaJing S Dipamerkan Buat Kali Pertama di Luar China

    12/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: TQ Wuling Porta EV Buat Kemunculan Sulung di Malaysia

    12/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    Alpinestars Supertech R10
    Aksesori

    Alpinestars Supertech R10 Rasmi di Malaysia, Harga RM3,999 – RM4,799

    By Shazwan Hisam08/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.