• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Tomica Perkenal Civic Type R, GT-R dan Supra Sempena Aniversari ke-50

Tomica Perkenal Civic Type R, GT-R dan Supra Sempena Aniversari ke-50

July 17, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

102
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEMPENA ulang tahun ke-50, Tomica memperkenalkan tiga model prestasi Jepun skala 1:64, terdiri daripada Honda Civic Type R, Toyota Supra dan Nissan GT-R yang akan dijual pada harga antara 800-880 yen (RM31-35).

Ketiga-tiga miniatur itu akan dikeluarkan secara berperingkat, iaitu Civic Type R pada April, Supra (Jun) dan GT-R (Ogos). Berdasarkan maklumat dikeluarkan laman web Tomica, setiap model menampilkan perincian tersendiri.

BACA >>> Mainan Tomica Toyota Celica Buat Ketua Jurutera Type R Jatuh Cinta Pada Kereta

トミカ50周年自動車メーカーコラボプロジェクト第2弾!「トヨタ GR スープラ トミカ50周年記念仕様 designed by Toyota」を6月20日に発売します!(^ω^三^ω^)ヒュンヒュン

発売を記念して鬼イケてる実車のラッピング映像をご用意しましたのでご覧ください👇 pic.twitter.com/xTBzuDFDpC

— タカラトミー (@takaratomytoys) June 19, 2020

tomica-honda-civic-type-r-50th-anniversary-edition-1
tomica-honda-civic-type-r-50th-anniversary-edition-2

Honda Civic Type R TOMICA 50th Anniversary Edition dihasilkan pereka Design Center Auto-Mobile Development yang menampilkan identiti jentera pantas dengan aura prestasi tinggi menerusi padanan grafik jalur dinamik pada sisi badan dan warna emas.

Versi baharu itu membezakan Civic Type R TOMICA 50th Anniversary Edition dengan model lain. Tidak ketinggalan, juga terdapat aksen merah pada rim, bampar, spoiler, bonet dan bumbung.

tomica-toyota-supra-50th-anniversary-edition-1
tomica-toyota-supra-50th-anniversary-edition-2

Toyota Supra TOMICA 50th Anniversary Edition pula direka Toyota Tsusho Corporation, iaitu pasukan pereka GAZOO Racing Company GR, Mizuhata Yasuhiko untuk menggambarkan sebuah jentera lumba Supra.

Ini kali pertama kali grafik skala besar dipersembahkan dalam versi miniatur. Grafik bentuk heksagon diterapkan pada bampar, gril, sisi badan dan bumbung, manakala lencana 50th Anniversary dapat dilihat atas bonet.

Bagaimanapun, tiada maklumat terperinci didedahkan mengenai model akhir, Nissan GT-R  pada laman web Tomica. Hanya tertulis tarikh pelancaran Ogos nanti dengan usia tiga tahun dan rekaan asal daripada Tomica.

Grafik pada model sebenar hanya akan didedahkan pada Tomica Expo 2020 di Yokohama, Jepun.

BACA >>> Toyota GR Supra (2020) yang Lebih Berkuasa Kini di Malaysia, Harga RM590k
BACA >>> Honda Civic Type R Mugen dengan Bonet, Spoiler Karbon Harga RM99k

GALERI
TOMICA ULANGTAHUN KE-50_2
TOMICA ULANGTAHUN KE-50_1
TOYOTA SUPRA_1
TOYOTA CIVIC TYPE R_5
TOMICA ULANGTAHUN KE-50_3
tomica-toyota-supra-50th-anniversary-edition-2
tomica-toyota-supra-50th-anniversary-edition-1
tomica-honda-civic-type-r-50th-anniversary-edition-1
honda-civic-type-r-tomica-50th-anniversary-edition
tomica-honda-civic-type-r-50th-anniversary-edition-2
TOYOTA SUPRA_3
TOYOTA SUPRA_4
TOYOTA SUPRA_5
TOYOTA SUPRA_2
TOYOTA SUPRA_7
TOYOTA SUPRA_6
TOMICA ULANGTAHUN KE-50_5
TOYOTA CIVIC TYPE R_2
TOMICA ULANGTAHUN KE-50_4

Related

102
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: aksesori, autoterkini, Honda, Honda Civic Type R, Nissan, Nissan GT-R, Tomica, Tomica Expo 2020, Toyota, Toyota Supra

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev