Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Lamborghini Huracán EVO Fluo Capsule Tawar Kemasan Kusam dalam Pilihan Warna-Warni
Roda4

Lamborghini Huracán EVO Fluo Capsule Tawar Kemasan Kusam dalam Pilihan Warna-Warni

Abang HirataBy Abang Hirata11/11/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ADA saja benda baharu ditawarkan Automobili Lamborghini dan terkini Huracán EVO Fluo Capsule tampil dengan edisi lima warna dalam kemasan kusam (matt).

Apa menarik tentang Lamborghini ialah pengenalan pelbagai warna yang mana pemilik kini tidak perlu membalut kereta (wrapping) jika mahu memilih kemasan kusam.

BACA >>> Ferrari Saman Pereka Fesyen Swiss Sebab Iklankan Kasut Atas Kereta

Warna kusam memiliki kelebihan tersendiri yang mampu menonjolkan lekuk badan sesebuah kereta. Jadi tiada masalah untuk edisi ini kerana kemasan tidak berkilat dan warna terang digunakan pula cukup menyerlah.

Lima warna ditawarkan itu ialah Verde Shock (hijau), Arancio Livrea (jingga), Celeste Fedra (biru), Arancio Dac (jingga) dan Giallo Clarus (kuning).

Pilihan warna itu dibezakan dengan warna hitam kusam pada bumbung, bampar depan dan skirt sisi, manakala tambahan gaya pada bahagian luaran ialah garisan warna terang pada cermin sisi dan spliter belakang. Ruang kabin Lamborghini menawarkan kerusi sport baharu sebagai tempat duduk asal dan dibalut Alcantara atau kulit dengan kemasan EVO sportivo.

Perincian pilihan warna luar diteruskan pada penutup butang mula-henti (start & stop) dan logo pada penyandar kepala.

Trenkuasa Lamborghini tidak berkongsi apa-apa perbezaan dan sebagai rujukan, Huracán EVO digerakkan enjin aspirasi natural (NA) 5.2L V10 berkuasa 631hp dan tork 600Nm.

Huracán EVO Fluo Capsule ini ditawarkan dalam siri Huracán EVO (2021) dan harga belum didedahkan.

BACA >>> Lamborghini Sián Roadster – Supercar Bumbung Terbuka yang Canggih, Eksotik

Huracán EVO Fluo Capsule Kereta Sport Lamborghini Lamborghini Huracán EVO Fluo Capsule Roda4 Supercar
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    BMW M3 Touring Competition M xDrive 2026
    Roda4

    Wagon M Pertama, BMW M3 Touring Competition M xDrive 2026 Tiba di Malaysia, Harga RM898,800

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.