Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Lamborghini Catat Prestasi Terbaik Sepanjang 56 Tahun, SUV Urus Paling Laris!
Auto Terkini

Lamborghini Catat Prestasi Terbaik Sepanjang 56 Tahun, SUV Urus Paling Laris!

Abang HirataBy Abang Hirata28/03/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEPADA pengeluar yang masih berkira-kira mahu menawarkan kenderaan utiliti sukan (SUV), lihat keputusan dicapai Automobili Lamborghini SpA sepanjang tahun lalu.

Tahun fiskal 2019 (1 Jan-31 Dis) adalah tempoh terbaik buat Lamborghini dengan pencapaian yang belum pernah diraih pengeluar itu sepanjang sejarah 56 tahun. Semua jualan, yakni perolehan dan keuntungan mencatatkan rekod baharu, meningkat 28 peratus daripada €1.42 bilion kepada €1.81 bilion pada 2019.

Jualan global melonjak 43 peratus kepada 8,205 unit yang mencatatkan peningkatan rekod jualan di pasaran utama iaitu Amerika, EMEA (Eropah, Timur Tengah, Afrika) dan Asia Pasifik.

BACA >>> Covid-19: Lamborghini Tutup Kilang Lebih Seminggu, Sahut Arahan Kuarantin

Prestasi luar biasa semestinya disumbangkan Super SUV, Urus dengan jualan 4,962 unit. Turut menyumbang kepada jualan signifikan ialah Huracán V10 (2,139 unit) dan Aventador V12 (1,104 unit).

Bagi pengeluar kereta kebanyakan, jualan 8,000 unit boleh dicapai dalam tempoh sehari saja, tetapi ia situasi berbeza untuk pengeluar kereta eksotik seperti Lamborghini. Jualan tinggi turut memberikan manfaat kepada ekonomi setempat yang mana 1,787 orang diambil sebagai pekerja baharu setakat penghujung 2019.

BACA >>> 7 Fakta Awal Tentang Lamborghini Urus yang Perlu Anda Tahu

Lamborghini juga cemerlang dalam sumber manusia dengan pelbagai polisi pengurusan bakat. Sepanjang 2019, pengeluar Itali itu diiktiraf sebagai antara majikan paling menarik dengan meraih ‘Sijil Majikan Terbaik Itali’ buat kali ke-7 berturut-turut.

Lamborghini beroperasi di peringkat global dengan 165 pengedar di 51 negara. Dari segi portfolio produk, tahun ini sepatutnya penghantaran Huracán EVO V10, Sián dan beberapa pelancaran lain dibuat.

Namun, dengan penularan wabak Covid-19 yang melanda banyak negara, termasuk Itali hingga memaksa operasi kilang Lamborghini digantung, masih awal untuk menganggarkan impak diterima. Apa pun berlaku, Lamborghini sebenarnya sudah mencipta sejarah pada 2019 dan terima kasih patut diberikan kepada Urus.

BACA >>> Lamborghini Sián – Supercar Hibrid Superkapasitor Pertama Dunia Inspirasi Countach

Auto Terkini Automobili Lamborghini Automobili Lamborghini SpA Covid-19 Lamborghini Lamborghini Urus Roda4 Supercar
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.