Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Lakaran Bayangan Kia Sportage (2021) Berdasarkan Video Intip, Lancar Bulan Ini!
Auto Terkini

Lakaran Bayangan Kia Sportage (2021) Berdasarkan Video Intip, Lancar Bulan Ini!

Han OthmanBy Han Othman11/04/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BERDASARKAN video intip Kia Sportage (2021) yang dirakamkan di satu kawasan parkir, pasukan pereka Gotcha Cars dari Korea Selatan mengambil inisiatif menghasilkan lakaran bayangan rekabentuk model kenderaan utiliti sukan (SUV) serba baharu itu.

Hasilnya adalah rekabentuk yang agak radikal dan ekstrem dengan banyak segi poligon pada bahagian depan. Lampu utama disepadukan dengan lampu siang (DRL) dalam satu unit, manakala gril signatur ‘hidung harimau’ mendominasi sebahagian besar bampar depan. Juga dilakarkan logo baharu Kia atas bonet.

Walaupun tiada imej jelas mengenai rupa belakang, SUV 5-kerusi itu hampir pasti menampilkan lampu belakang LED horizontal yang melintang sepanjang pintu but, sama seperti model-model terkini Kia. Rekaan dalaman pula dijangka mengetengahkan gaya kebih moden dan elegan.

Rekabentuk Hyundai Sportage versi lakaran di samping Tucson sebenar.

Khabarnya, Sportage (2021) serba baharu nanti akan dibina berasaskan platfrom sama seperti Tucson (2021) dan ditawarkan dalam dua varian yang berbeza jarak roda, bergantung pasaran.

Begitu juga trenkuasa, dikatakan menggunakan enjin sama seperti Tucson, iaitu petrol 4-silinder sebaris 2.5L, dan hibrid dengan motor elektrik dan enjin 1.6L pengecas turbo yang menghasilkan kuasa 226hp. SUV segmen-C ini juga akan ditawarkan dengan enjin hibrid plug-in (PHEV).

Tarikh debut katanya April ini di Korea Selatan dan dijadualkan memasuki banyak pasaran dunia pada suku keempat tahun ini. Di pasaran Malaysia, Sportage akan bersaing dengan model seperti Honda C-RV, Mazda CX-5 dan Proton X70.

Apa kata anda mengenai lakaran bayangan ini?

BACA >>> Hyundai Perkenal Tucson N Line (2022) dengan Pilihan Enjin Diesel, PHEV
BACA >>> Geely Lancar Boyue Edisi Khas Sukan Asia ke-19 dengan Gril Proton X70

Crossover Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Kia Kia Motors Kia Sportage (2021) Kia Sportage (2021) Rendering Lakaran Bayangan Render rendering Roda4 SUV SUV kompak SUV Segmen-C
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
Auto Terkini

PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

27/07/2026
Auto Terkini

FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

27/07/2026
FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
Auto Terkini

PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

27/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
OMODA C7 PHEV
PHEV

OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

By Syafie27/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.