Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»KTM X-Bow GTX – Kereta Lumba dengan Enjin Audi 2.5L
Roda4

KTM X-Bow GTX – Kereta Lumba dengan Enjin Audi 2.5L

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju05/03/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGELUAR automotif, KTM mendedahkan model supercar istimewa, hasil evolusi daripada famili X-Bow.

Dipanggil X-Bow GTX, ini ialah model kereta paling berkuasa pernah dihasilkan KTM, yang juga model kedua pengeluar itu selepas memperkenalkan X-Bow pada 2008. Famili X-Bow lain terdiri daripada lima varian:

  • X-Bow
  • X-Bow GT
  • X-Bow R
  • X-Bow RR
  • X-Bow GT4

X-Bow GTX dijana trenkuasa 5-silinder 2.5L TFSI yang diambil daripada Audi TT RS dan ditala untuk menghasilkan kuasa hingga 600hp. Model sebelum ini pernah menggunakan trenkuasa berbeza daripada jenama Jerman itu, seperti enjin 4-silinder Audi 2.0L TFSI.

X-Bow GTX mempunyai berat 1,000kg dan dibina khas untuk kegunaan di trek lumba. Sebagai makluman, model ini akan menyertai saingan kelas GT2 dalam siri perlumbaan SRO. Menurut portal The Drive, KTM belum mendedahkan perincian teknikal kereta tersebut.

Khabarnya, model ini direka firma rekabentuk KISKA, manakala proses pembuatan mendapat kerjasama Reiter Engineering yang menggunakan teknologi termaju sukan permotoran dan  binaan ringan dengan komponen berkualiti tinggi.

GTX juga kereta pertama menggabungkan ciri casis monokok pengeluaran massa dengan sangkar (cage) GT. Malah, atas permintaan pelanggan, KTM menawarkan kerusi ekstra yang setiap ciri itu disahkan patuh regulasi perlumbaan trek. Sebanyak 20 unit GTX akan dikeluarkan tahun ini, tetapi harganya belum didedahkan.

BACA >>> 10 Fakta Menarik: Tentang KISKA – Firma Rekabentuk di Sebalik Kebangkitan KTM

SUMBER: TheDrive

kereta lumba KTM KTM X-Bow KTM X-Bow GTX Roda4 Supercar
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Audi Q9 2027 Didedahkan – SUV Flagship Tiga Baris Tempat Duduk

    29/07/2026
    TGR Vios Gold Championship 2026
    Sukan Permotoran

    Menjelang Penentuan Akhir, Toyota Vios Gold Championship 2026 Makin Sengit

    29/07/2026
    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Mercedes-AMG A45 S Final Edition
    Roda4

    Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Honda Forza 720 2027 EU
    Auto Terkini

    Honda Forza 750 2027 Diperkenal di Eropah, Warna Baharu Kekalkan Gaya Premium Skuter GT

    By Abang Hirata29/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.