Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam03/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026

BERITA baik buat perantau yang merancang pulang ke kampung halaman menaiki tren sempena Aidilfitri 2026.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengumumkan tambahan 26 perkhidmatan tren khas bagi tempoh 17 hingga 29 Mac ini susulan permintaan tinggi dan jualan tiket sedia ada yang hampir habis.

Daripada jumlah tersebut, 18 perkhidmatan tambahan membabitkan tren elektrik (ETS), manakala lapan lagi ialah tren EMUPlus.

Secara keseluruhan, tambahan itu menyediakan 8,118 tempat duduk sehari, termasuk kelas perniagaan, yang menjadikan jumlah keseluruhan 105,534 tempat duduk tambahan sepanjang tempoh operasi khas tersebut.

Perincian Laluan Tambahan ETS, EMUPlus

Laluan untuk tren KTMB tambahan Aidilfitri 2026

Bagi perkhidmatan tren ETS:

  • Ada lapan perjalanan tambahan: Laluan JB Sentral – KL Sentral – JB Sentral
  • Ada enam tren tambahan: Laluan Ipoh – KL Sentral – Ipoh
  • Tambahan dua perkhidmatan: Masing-masing untuk Laluan Butterworth – KL Sentral – Butterworth, dan Laluan Padang Besar – KL Sentral – Padang Besar

Perkhidmatan tren EMUPlus pula menawarkan:

  • Lapan perjalanan tambahan: Laluan Ipoh – KL Sentral – Ipoh

Secara keseluruhan, sepanjang musim perayaan ini, ada 70 perkhidmatan tren sehari dengan kapasiti purata 21,978 tempat duduk sehari, menjadikan jumlah keseluruhan 285,714 tempat duduk sepanjang tempoh operasi khas.

Jualan Tiket Berperingkat

Tren tambahan ETS

KTMB memaklumkan, tiket untuk 10 perkhidmatan tambahan sudah mula dijual bermula 1 Mac lalu, manakala selebihnya akan dibuka dalam masa terdekat.

Penumpang disaran membuat pembelian awal kerana trend tahun terdahulu menunjukkan tiket musim perayaan habis dalam masa singkat.

Tiket boleh dibeli menerusi aplikasi KITS Style, laman web rasmi KTM dan kiosk layan diri di stesen terpilih.

Ekspres Lambaian Aidilfitri (ELA) – Pantai Timur

Selain ETS dan EMUPlus, KTM turut melancarkan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri (ELA) edisi Pantai Timur. Perjalanan KL Sentral – Tumpat dijadualkan pada 18 Mac, manakala perjalanan pulang dari Tumpat – KL Sentral adalah pada 22 Mac.

Sebanyak 792 tiket ditawarkan untuk laluan itu, termasuk gerabak katil. Setiap tren menyediakan 120 katil pada harga RM90 (atas) dan RM95 (bawah).

Turut tersedia tempat duduk Kelas Premier pada harga RM80, dan Kelas Superior (RM95).

ELA Edisi Utara – Tambahan 1,200 Tiket

Ekspres Lambaian Aidilfitri (ELA) Utara
Ekspres Lambaian Aidilfitri (ELA) Pantai Timur

Bagi Laluan Utara, tren khas ELA akan beroperasi ke arah sana bermula 17 – 22 Mac dan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur 18 – 23 Mac. Sebanyak 1,200 tiket Kelas Superior ditawarkan pada harga RM70 sehala.

Dengan pertambahan kapasiti itu, KTMB dilihat cuba memastikan lebih ramai rakyat Malaysia dapat pulang beraya dengan selesa dan selamat menggunakan pengangkutan rel, sekali gus mengurangkan kesesakan trafik lebuh raya menjelang musim perayaan.

Aidilfitri 2026 Auto Terkini Balik Kampung Hari Raya Aidilfitri 2026 Kereta Api Keretapi Tanah Melayu KTM tren
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.