Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»KTM Malaysia Perkenal RC 250 dan RC 390 (2017) Baharu, Harga Bermula RM21k
Auto Terkini

KTM Malaysia Perkenal RC 250 dan RC 390 (2017) Baharu, Harga Bermula RM21k

AryonBy Aryon15/12/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KTM Malaysia mengumumkan pelancaran dua model serba baharu KTM RC 250 dan KTM RC 390 (2017) selepas baru-baru ini melancarkan 250 Duke dan 390 Duke. Sejak siri RC dilancarkan pada 2014 (RC 250 pada 2015), pelbagai pujian diberikan kepada model supersport itu.

Ringan, lincah, dan pantas ialah ciri sedia ada pada RC yang membawa maksud ‘Ready to Race’ (Sedia untuk Berlumba). Semestinya jentera itu dibangunkan khas buat mereka yang tercari-cari sebuah jentera dua roda berprestasi mantap dan siri RC sememangnya kerap dikaitkan sebagai mesin yang akrab dengan pelumba-pelumba Moto3.

BACA >>> KTM 250 Duke dan 390 Duke (2017) Kini di Malaysia – Harga Bermula RM21,730 – RM28,800

Buktinya, bukan sekali dua jentera siri RC merangkul pelbagai kejuaraan dunia, dan kini, KTM RC 250 dan KTM RC 390 (2017) muncul dengan menampilkan beberapa pembaharuan seperti di bawah ini:

KTM RC 250 (2017)

Walaupun hampir sama dengan model terdahulu, antara pembaharuan diperkenalkan KTM RC 250 (2017) ialah penggunaan frem trellis ringan yang diubah suai supaya menepati ciri ergonomik dan dinamik jentera tersebut. Sudut kepala stereng (rake) ditajamkan kepada 23.5° yang menghasilkan trail pendek, dan jarak roda (wheelbase) pendek, serta meninggikan ruang kelegaan bumi, sekali gus menambahbaik ketangkasan jentera.

RC 250 (2017) kali ini menggunakan fork WP 43mm jenis terbalik (USD), dan diameter sama seperti RC8 R, untuk pengendalian lebih tepat dan mendapatkan lebih kestabilan ketika membrek keras. Absorber belakang dipautkan terus ke lengan ayun aloi aluminium tempa untuk mendapatkan lebih ketegaran tork optimum, dan menambah baik kestabilan trail.

Kehadiran lengan ayun tempa juga menghilangkan isu kimpalan yang menjadi potensi titik lemah jentera. Kini RC 250 (2017) datang dengan enjin penyejukan cecair, DOHC, 4-injap, silinder tunggal, 248.8cc, suntikan bahan api elektronik dengan pelinciran suapan-desak (force-feed lubrication), pindahan gas ekzos dan sistem ekzos baharu. Kuasa terhasil – 31hp!

BACA >>> #TunggangUji: Reviu KTM 250 Duke dan 390 Duke (2017), dari USJ ke Bukit Tinggi

Kuasa dan tork enjin dihantar menerusi klac slip-and-assist kepada transmisi 6-kelajuan nisbah rapat. Fungsi ‘slip‘ ialah menyingkirkan bunyi dan kuncian ketika menurunkan gear secara agresif, manakala ‘assist‘ bertindak menekan plat klac untuk memastikan pindahan kuasa optimum, dengan tarikan tuas klas yang ringan.

Brek RC 250 (2017) dibangunkan hasil kerjasama Brembo dengan cakera depan bersaiz 300mm dan diapit kaliper 4-piston, manakala cakera belakang 230mm dipasangkan dengan kaliper apung. Motosikal ini turut diberikan ciri ABS untuk mendapatla kuasa pemberhentian mantap.

Panel badan turut direka semula dan disatukan dengan perehat kaki dan pedal kaki baharu  untuk memberikan sudut miring yang lebih dalam ketika membelok. Penampilan grafik baharu turut menonjolkan lagi imej supersport ini. Harga KTM RC 250 (2017) bermula RM21,081.28.

SPESIFIKASI KTM RC 250 (2017)

Enjin: Penyejukan cecair, 4-lejang, DOHC, 4-injap, silinder tunggal
Nisbah Mampatan: 12.6 : 1
Gerek & Lejang: 72.0mm x 61.1mm
Sesaran: 248.8cc
Sistem Bahan Api: Suntikan bahan api elektronik Bosch
Kuasa Maksimum: 30hp @ 9,000rpm
Tork Maksimum: 24Nm @ 7,250rpm
Klac: Klac sliper PASC
Kotak Gear: 6-kelajuan
Suspensi: Fork USD WP 43mm, travel 125mm (depan); Monoshock WP , prabeban boleh laras, travel 150mm (belakang)
Brek: Cakera tunggal 300mm, kaliper radial 1-piston (depan); Cakera tunggal 230mm, kaliper apung 1-piston; ABS Bosch MB9.1 dua saluran
Tayar: 110/70-ZR17 (depan); 150/60-ZR17 (belakang)
Frem: Keluli trellis
Lengan Ayun: Dua belah, aluminium tempa
Trail: 95mm
Rake: 23.5°
Jarak Roda: 1,340mm
Tinggi Pelana: 820mm
Berat Kering: 147kg
Kapasiti Bahan Api: 10 liter

GALERI

KTM RC 390 (2017)

Diperkenalkan bersama model adik, model RC 390 (2017) tampil baharu dalam banyak aspek walaupun penampilannya juga hampir sama dengan versi terdahulu. Frem dikongsi bersama RC 250 dengan rake 23.5° yang menjadikan trail model kali ini lebih pendek, termasuk jarak roda, manakala ruang kelegaan bumi ditinggikan.

Modifikasi dilakukan turut menjadi RC 390 (2017) lebih berjiwa lumba berbanding model sebelumnya. Selain berkongsi rekabentuk sama seperti RC 250, model ini berkongsi fork 43mm USD yang juga sama, dan monoshock belakang yang dipautkan terus ke lengan ayun tempa.

Bagaimanapun, brek depan RC 390 (2017) menggunakan cakera 320mm dengan kaliper 4-piston daripada Brembo, dan turut diberikan sistem ABS.

Perbezaan ketara RC 390 (2017) ialah prestasi enjin yang kompak dan berkuasa dalam spesifikasi penyejukan cecair, silinder tunggal, DOHC, dan sesaran 375cc, termasuk ciri transmisi bertindih (stacked transmission), piston tempa, silinder saduran Nikasil, pelincir desakan dan sistem ekzos baharu yang mampu menghasilkan kuasa 44hp.

Seperti adiknya, RC 390 (2017) turut dibekalkan klac slip-and-assist, dan tambahan teknologi terotel Ride-by-
Wire (RbW) bagi memastikan kelancaran tork dalam sebarang pengendalian diperlukan. Isyarat daripada terotel diterjemahkan unit kawalan elektronik (ECU) untuk mengawal injap terotel mengikut kehendak penunggang dan kondisi tunggangan.

Ciri baharu lain ialah kusyen pelana yang ditipiskan 12mm, selain brek dan tuas klac boleh laras. Hasilnya, RC 390 (2017) memang sedia untuk berlumba! Harga KTM RC 390 (2017) bermula RM27,200

SPESIFIKASI KTM RC 390 (2017)

Enjin: Penyejukan cecair, 4-lejang, DOHC, 4-injap, silinder tunggal
Lejang & Gerek: 60.0mm x 89.0mm
Sesaran: 373.2cc
Sistem Bahan Api: Suntikan bahan api elektronik
Kuasa Maksimum: 44hp @ 9,000rpm
Tork Maksimum: 36Nm @ 7,000rpm
Transmisi: Klac sliper PASC
Kotak Gear: 6-kelajuan
Suspensi: Fork USD WP 43mm, travel 125mm (depan); Monoshock WP, prabeban boleh laras, travel 150mm (belakang)
Brek: Cakera tunggal 300mm, kaliper radial 1-piston (depan); Cakera tunggal 230mm, kaliper apung 1-piston (belakang); ABS Bosch MB9.1 dua saluran
Tayar: 110/70-ZR17 (depan); 150/60-ZR17 (belakang)
Frem: Keluli trellis
Lengan Ayun: Dua belah, aluminium tempa
Rake: 23.5°
Jarak Roda: 1,340mm
Tinggi Pelana: 820mm
Berat Kering: 163.5kg
Kapasiti Tangki: 10 liter

GALERI
KTM ktm malaysia KTM RC 250 (2017) KTM RC 390 (2017) motosikal Ride-by- Wire (RbW) roda2 supersport
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT, 115 Untuk Ulang Tahun ke-115 TT

    23/05/2026
    Operasi KLK dan LPT kesan pengguna tidak bayar tol | Ismaliza
    Auto Terkini

    AFA Prime Keluar Lebih 2,000 Notis Tuntutan Kes Tidak Bayar Tol KLK, LPT1

    22/05/2026
    Chery Tiggo 9
    Roda4

    Chery Tiggo 9 Previu di Malaysia, Harga Anggaran Bawah RM189,000

    22/05/2026
    LRT Laluan Kelana Jaya
    Auto Terkini

    Tiada Lagi ‘Tin Sardin’, Laluan LRT Kelana Jaya Bakal Terima 26 Tren Baharu Menjelang 2031

    22/05/2026

    2 Comments

    1. Kuyat on 03/11/2017 06:55

      Kenapa harga moto ni naik

      Reply
      • ADAM DANIAL on 04/03/2018 00:31

        Kalau bulih turun kan lh harga teringin sangat nak pakai moto jenis ni cantik

        Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
    Auto Terkini

    Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.