Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»KTM 990 RC R 2026 Rasmi di Pasaran Global, Dari RM66,000
Auto Terkini

KTM 990 RC R 2026 Rasmi di Pasaran Global, Dari RM66,000

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam15/10/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

JENAMA motosikal, KTM, akhirnya memperkenalkan 990 RC R 2026, model supersport fairing yang menandakan kemunculan semula jenama Austria ini dalam segmen sportbike jalanan selepas hampir sedekad menyepi sejak penamatan RC8 R pada 2015.

Model ini ialah versi produksi kepada prototaip RC R yang diperkenalkan pada musim bunga 2024, dan kini sah akan mula diproduksi November ini, dengan penghantaran ke pengedar dijangka bermula hujung tahun.

Enjin dan Prestasi

KTM 990 RC R dikuasakan oleh enjin Parallel-Twin LC8c 947cc, sama seperti unit pada 990 Duke, namun dengan talaan ECU khusus, sistem kemasukan udara baharu yang disepadukan pada subframe, serta ekzos keluli tahan karat padat bagi pengagihan berat yang lebih seimbang.

Enjin ini menghasilkan kuasa 123hp dan tork 103Nm, dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan yang boleh disusun semula untuk corak tukaran GP-shift. Berat keseluruhan basah dikatakan sekitar 195kg.

Ciri Elektronik & Mod Tunggang

RC R dilengkapi sistem elektronik penuh berasaskan enam paksi IMU, menawarkan empat mod tunggangan: Rain, Street, Sport dan Custom. Ciri standard termasuk cornering ABS, kawalan cengkaman, kawalan wheelie dan sistem paparan TFT 8.8 inci dengan suis kawalan lampu belakang baharu.

Untuk kawalan brek, KTM memperkenalkan empat tetapan baharu ABS: Street, Sport, Supermoto+ dan Supermoto, dengan setiap mod direka untuk situasi berbeza, daripada tunggangan harian hingga aksi litar. Bagi mereka yang mahu lebih kawalan, KTM menawarkan Track Pack dan Tech Pack. Pakej ini membuka akses kepada mod Track, pelarasan peta pendikit, launch control, quickshifter dua hala, engine brake management (MSR) serta lap timer digital.

Casis, Suspensi dan Brek

Struktur utama menggunakan rangka ChroMoly tubular steel dengan enjin sebagai komponen tekanan utama. Suspensi hadapan WP Apex fork 41mm boleh laras sepenuhnya (30 klik pelarasan), manakala belakang dipasang monoshock WP Apex dengan linkage, pertama kali untuk model LC8c.

Sistem brek terdiri daripada angkuh Brembo HyPure monobloc di hadapan bersama cakera 320mm, sementara belakang menggunakan cakera 240mm dengan angkup tunggal. Tayar standard ialah Michelin Power Cup 2 pada rim aloi 17 inci yang sama seperti model 1390 Super Duke R Evo.

Rekaan Aerodinamik dan Ergonomik

Reka bentuk diilhamkan terus daripada jentera MotoGP RC16, termasuk sayap sisi (winglets) dan deflektor udara belakang bagi meningkatkan daya tekan (downforce). Tangki 15.6 liter direka untuk stabil ketika membrek dan membelok laju, manakala bar hendal jenis clip-on dengan sedikit kenaikan memberikan posisi tunggangan agresif tetapi masih selesa di jalan biasa.

Kedudukan rearset boleh dilaras antara mod Street dan Track dengan mod litar menggerakkan tapak kaki ke belakang hampir 25mm dan naik 15mm.

Versi Track & Harga

Selain model jalanan, KTM turut memperkenalkan 990 RC R Track, versi khas untuk kegunaan litar tanpa komponen jalanan seperti lampu atau ABS. Ia hadir dengan ekzos prestasi, gearbox khusus dan panel badan gentian ringan.

Harga anggaran untuk pasaran antarabangsa bermula sekitar USD13,949 (anggaran RM66,000), dan KTM mengesahkan model ini akan dipasarkan di Eropah terlebih dahulu sebelum tiba ke rantau Asia pada 2026.

SUMBER: Motorcycle.com

KTM 990 RC R supersport bike
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    11/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    11/05/2026
    YDPA Sultan Iskandar dapat hadiah Aurus Senat dari Rusia
    Auto Terkini

    YDPA Sultan Ibrahim Dapat Limosin Aurus Senat, Lambang Hubungan Erat Malaysia-Rusia

    11/05/2026
    Roda4

    Nissan Clipper Van & Clipper Rio 2026 Lebih Selamat, Digital & Praktikal!

    11/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    HEV

    Toyota Yaris Cross Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie08/05/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia โ€“ Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Aksesori

    Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

    By Syafie08/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.