Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Krisis Covid-19: Pengeluar Motosikal India Lanjut Tempoh Waranti, Servis Percuma
Auto Terkini

Krisis Covid-19: Pengeluar Motosikal India Lanjut Tempoh Waranti, Servis Percuma

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/05/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BEBERAPA pengeluar dan pengedar motosikal di India mengambil inisiatif melanjutkan tempoh waranti dan servis percuma sedia ada selepas negara Asia Selatan itu berdepan krisis buruk pandemik Covid-19.

Langkah itu diambil selepas Kerajaan India menguat kuasa perintah berkurung dan larangan perjalanan di beberapa negeri bagi mengekang penularan virus tersebut.

KTM

  • KTM India melanjutkan servis dan tempoh jaminan semua produk di India selama dua bulan untuk waranti dan servis percuma sah hingga 31 Mei 2021 yang dilanjutkan kepada 31 Julai 2021.
  • Lanjutan servis dan waranti ini turut membabitkan semua model Husqvarna di India selain barisan produk penuh KTM.
  • Presiden Bajaj Auto (Probiking), Sumeet Narang berkata, pelanggan mungkin sukar membawa motosikal untuk servis tepat pada masa atau menikmati manfaat waranti yang luput disebabkan masalah pandemik.
  • Semua bilik pameran KTM Probiking di India akan memberi manfaat lanjutan servis percuma dan jaminan kepada semua pelanggan.

TVS

  • TVS Motor Company mengikut jejak langkah sama melanjutkan tempoh servis percuma dan waranti kepada pelanggan hingga 30 Jun 2021.
  • Keputusan dibuat selepas menyedari ramai pemilik motosikal jenama TVS tidak berpeluang mengunjungi pusat servis berikutan kawalan penularan Covid-19.
  • Bagi memudahkan urusan pelanggan, TVS menyediakan talian bebas tol (1800-2587-111) yang aktif 24 jam seminggu untuk menjawab semua pertanyaan dan masalah pelanggan.
  • Selain itu, TVS juga meneruskan program Bantuan Jalanan (RSA) percuma kepada semua pelanggan berdaftar, manakala pemilik motosikal lain dikenakan bayaran.

HERO

  • Hero MotoCorp melanjutkan tempoh servis percuma dan waranti hingga 60 hari disebabkan perintah berkurung akibat pandemik Covid-19.
  • Tempoh 60 hari itu berkuat kuasa bermula tarikh tamat waranti dan servis percuma yang bertujuan memastikan pelanggan tidak keluar rumah.
  • Turut dilancarkan servis jualan dan perkhidmatan selepas jualan menggunakan platform WhatsApp yang membolehkan pelanggan menempah slot servis, memberikan maklum balas, memeriksa status servis motosikal, mencari pengedar dan pusat servis terdekat dan beberapa perkhidmatan lain. Sistem itu beroperasi 24 jam seminggu.

HONDA

  • Honda Motorcycle and Scooter India melanjutkan manfaat servis percuma dan waranti hingga 31 Julai ini di semua rangkaian pengedar seluruh India.
  • Bagaimanapun, tawaran cuma layak kepada pelanggan Honda 2Wheeler India untuk tempoh servis percuma, waranti dan lanjutan waranti yang tamat antara 1 April dan 31 Mei 2021.

YAMAHA

  • Yamaha Motor India melanjutkan servis percuma dan jaminan pengilang hingga 30 Jun ini yang mana semua pengedar sudah dimaklumkan.
  • Tawaran itu membabitkan semua perkhidmatan seperti servis percuma, waranti standard, dan lanjutan serta kontrak penyelenggaraan tahunan.

SUMBER: BikeWale

Covid-19 India motosikal Hero Motocorp Honda Motorcycle and Scooter India KTM India TVS Motor Company Yamaha Motor India
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Honda XR300L dan Honda XR300 Rally di India
    Roda2

    Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Kembara Lebih Mampu Milik?

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.