Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Krisis Bekalan Cip Semikonduktor: Apakah Puncanya? Malaysia Sajakah yang Terkesan?
Auto Terkini

Krisis Bekalan Cip Semikonduktor: Apakah Puncanya? Malaysia Sajakah yang Terkesan?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju25/06/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEJAK pandemik Covid-19 melanda, pemain industri automotif, tidak terkecuali Malaysia, dihimpit masalah kekurangan bekalan cip semikonduktor hingga menyebabkan banyak kilang terpaksa menghentikan pengeluaran buat sementara waktu.

Menurut Persatuan Industri Semikonduktor (SIA), jualan semikonduktor peringkat global meningkat 6.5 peratus tahun lalu yang menunjukkan lonjakan permintaan daripada pengeluar kereta dan syarikat teknologi besar. 

Ramai masih belum jelas mengenai isu kekurangan bekalan cip semikonduktor dan ada yang menganggap ini cuma masalah dalam negara. Faktanya, apa yang berlaku sudah menjadi krisis bekalan global.

BACA >>> Masalah Cip Semikonduktor: Nissan, Mazda Tutup Kilang Sementara di Jepun
BACA >>> Mikrocip Tak Cukup, GM Hentikan Pengeluaran Chevrolet Camaro

APAKAH SEBENARNYA BERLAKU?

Pengeluar kereta diramal mengalami kerugian berbilion dolar akibat kekurangan bekalan cip semikonduktor yang banyak digunakan pada kenderaan baharu masa kini untuk komponen seperti brek, stereng kuasa dan sistem infotainment. 

Cip semikonduktor umpama otak kepada semua peralatan elektronik moden. Jadi, kekurangan bekalan itu menimbulkan isu berskala besar kerana jauh daripada jaringan bekalan, sekali gus menjejaskan seluruh proses pengeluaran kenderaan.

Syarikat seperti Ford Motor Company dan General Motors (GM) dijangka rugi lebih AS$2 bilion (RM8.3 bilion), dan terpaksa mengurangkan kapasiti pengeluaran hingga 20 peratus. Krisis itu juga menjadi penghalang pertama kepada industri kenderaan elektrik (EV) yang sedang meningkat naik.

BACA >>> Jualan Kenderaan Seluruh Negara Mungkin Sifar Bulan Ini

KENAPA BERLAKU?

Banyak kilang terpaksa ditutup kerana Covid-19

Antara sebab utama berlaku krisis kekurangan bekalan semikonduktor ialah kesan pandemik Covid-19 yang kemudian mencetuskan beberapa sebab lain seperti di bawah:

  • Penutupan kilang seluruh dunia menyebabkan pengeluaran dibekukan dan stok berkurangan.
  • Permintaan peralatan elektronik meningkat, menyebabkan pengeluar kenderaan dan syarikat elektronik saling bersaing untuk mendapatkan cip yang semakin berkurangan.
  • Pengeluar kereta gagal menjangka skala sebenar permintaan pelanggan pada suku kedua 2020, dan ditambah dengan pengeluaran rendah, maka permintaan cip terus meninggi.
  • Kos silikon juga bertambah berikutan penghasilan besar-besaran vaksin Covid-19. Silikon adalah jenis sama yang digunakan untuk membuat cip dan komputer peribadi.

JALAN PENYELESAIAN

Realitinya, tiada jalan mudah menyelesaikan krisis bekalan semikonduktor. Bagaimanapun, ada perkara yang boleh dipelajari untuk mengelakkan perkara tersebut berulang. 

Contohnya, pengeluar seperti Toyota dan Tesla sudah mula menghasilkan cip sendiri, tetapi dijangka perlu memperlahankan pengeluaran tidak lama lagi.

Penghasilkan cip sendiri juga bukan penyelesaian utama kerana masalah kekurangan bekalan berpunca daripada kekurangan bahan mentah. Bagi kebanyakan syarikat, cara terbaik mengharungi krisis berkenaan adalah membina hubungan rapat dengan pembekal dan rakan kongsi. 

Ini penting untuk memastikan perniagaan berjalan baik bersama pembekal berpengalaman dan dipercayai.

BACA >>> Covid-19: Pekerja India Mogok Desak Renault, Nissan dan Hyundai Tutup Kilang
BACA >>> Kilang Tutup, Beg Udara Mahal Punca Kes Curi Stereng Meningkat di AS

SUMBER: MAU.com

Auto Terkini Chip cip Cip Kereta Cip Semikonduktor Coronavirus Covid-19 pandemik semiconductor chip
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    07/07/2026
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC X Star Wars Kini Rasmi Dijual, Harga Mula RM135!

    07/07/2026
    Roda4

    Pikap Musso Kembali! KGM Motors UK Perkenal Musso Rhino dan Musso Rhino+

    07/07/2026
    Auto Terkini

    Pemandu Kenderaan Komersial Positif Dadah Ditahan JPJ, AADK di Plaza Tol Gombak

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC X Star Wars Kini Rasmi Dijual, Harga Mula RM135!

    By Syafie07/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.