Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kos Hidup KL Paling Murah di Asean, Singapura Pertahan Kejuaraan!
Auto Terkini

Kos Hidup KL Paling Murah di Asean, Singapura Pertahan Kejuaraan!

Han OthmanBy Han Othman23/03/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MACAM tidak percaya, tetapi itulah faktanya, bandar raya Kuala Lumpur dinilai sebagai ibu kota paling murah di Asean dari segi kos hidup, manakala negara jiran, Singapura nyata boleh berbangga dengan pencapaian mereka apabila mengekalkan reputasi pada 2015 sebagai ibu kota paling mahal di dunia. Ya, dunia!

Fakta di atas diperoleh daripada unit risikan The Economist, yakni majalah ekonomi paling berpengaruh dunia yang berpangkalan di London, England.

Menurut tinjauan The Economist mengenai Kos Sara Hidup Dunia 2017, Kuala Lumpur berada di kedudukan ke-96 sebagai ibu kota paling mahal di dunia dan berkongsi kedudukan sama dengan Bogota, Colombia. Sebagai makluman supaya tidak terkeliru, semakin sedikit atau atas ranking, maka semakin mahal kos hidup di sesebuah bandar raya itu.

SINGAPURA MASIH ‘CHAMPION’

Singapura misalnya, dinobatkan sebagai juara apabila menduduki tempat pertama dengan kos hidup 20 peratus lebih tinggi berbanding New York yang berada di kedudukan ke-9, dan 5 peratus lebih mahal daripada Hong Kong yang mengekori rapat di tangga ke-2.

Tinjauan dibuat dengan membandingkan harga 160 barang dan perkhidmatan di 133 ibu kota seluruh dunia, yang biasanya digunakan pengurus-pengurus sumber manusia untuk mengira pakej pampasan buat pekerja yang dihantar bertugas ke luar negara.

Agak mengejutkan apabila lima daripada enam ibu kota paling mahal di dunia adalah di Asia. Wakil Asia selain Singapura dan Hong Kong ialah Tokyo di ranking ke-4, Osaka (5) dan Seoul (6), manakala Zurich, Switzerland adalah satu-satunya bandar raya Eropah yang berada dalam ranking 6 teratas.

Negara Asean pula, berdasarkan turutan paling mahal di senarai teratas, selepas Singapura, tempat kedua dituruti Bangkok (51), Hanoi (59), Ho Chi Minh dan Phnom Penh (78), Jakarta (82) dan Manila (92).

SUMBER: TheStar

Auto Terkini ibu kota paling mahal dunia kos hidup KL paling murah di Asean kos hidup paling mahal kos sara hidup paling tinggi Kuala Lumpur Singapura paling mahal dunia The Economist
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

24/07/2026
Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

24/07/2026
PHEV

OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

24/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.