Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kirim RX-Z Guna Pos Laju, Bayar Lebih RM1k, Tapi 3 Bulan Masih Tak Sampai Lagi
Auto Terkini

Kirim RX-Z Guna Pos Laju, Bayar Lebih RM1k, Tapi 3 Bulan Masih Tak Sampai Lagi

FarahBy Farah25/02/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEORANG pemilik streetbike Yamaha RX-Z meluahkan kekecewaan terhadap perkhidmatan Pos Laju kerana motosikal yang dihantarnya menggunakan perkhidmatan syarikat kurier nasional itu masih belum diterima sejak hampir tiga bulan lalu.

Muhd Zakry dalam status di Facebook, baru-baru ini mendakwa pada 13 Disember lalu dia menggunakan perkhidmatan kurier Pos Laju pada 13 Disember tahun lalu untuk menghantar RX-Z miliknya dari Tawau, Sabah ke Temerloh, Pahang. Malangnya, hingga hari ini masih tiada khabar berita.

Jadi sampai sekarang motosikal saya masih tak sampai lagi ke alamat pengirim. Saya dah trace tracking number tapi macam tak update (kemas kini).

“Bila saya call (hubungi) pihak Pos Laju asyik keluar ayat yang sama: Mungkin, mungkin, mungkin.

“Kali terakhir saya call pusat operasi Pos Laju, dia cakap motor encik (saya) masih ada di atas kapal dan tiada kebenaran untuk berlabuh. Padahal call sebelum ini cakap motor dah sampai Port Klang (Pelabuhan Klang),” katanya.

Malah, lelaki yang juga seorang anggota tentera turut mendedahkan nilai kos penghantaran motosikal itu bukan murah yang mencecah bayaran RM1,025.

Penghantaran itu dilakukan kerana dia dipindah tugas dari Sabah ke Pahang. Motosikal itu juga satu-satunya kenderaan yang ada untuk dia pergi ke tempat kerja.

Zakri juga mendakwa disebabkan isu itu, dia kini terpaksa meminjam motosikal orang lain ke tempat kerja. Dia juga tidak akan teragak-agak membuat laporan polis jika tiada menerima motosikal tersebut pada 25 Februari ini.

BACA>>> Durian Runtuh, Lelaki Ini Dapat Jual Yamaha RX-Z ‘Biru Bohjan’ RM60k!
BACA>>> Naik RX-Z Tak Pakai Helmet, Awek Ganu Kebaya Merah Kena Saman, Naik Mahkamah

SUMBER: Majoriti

Auto Terkini motosikal rxz poslaju RX-Z rx-z hilang di poslaju Yamaha RX-Z
Farah

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Audi Nuvolari Kereta Super Hibrid Pertama Audi, 1,001 PS Lebih 349km/j

    05/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Terima 2 Warna Baharu, Harga Mula RM18,484 Di Jepun

    05/06/2026
    Suspek nahas Simpang Renggam didakwa bawah Seksyen 302
    Auto Terkini

    Nahas Simpang Renggam: Suspek Direman Empat Hari Lagi, Kes Disiasat Bawah Seksyen 302

    05/06/2026
    BYD Atto 3 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    BYD Atto 3 2026 Lancar di Malaysia dalam Dua Varian, Harga Mula RM125,800

    05/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata04/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Terima 2 Warna Baharu, Harga Mula RM18,484 Di Jepun

    By Abang Hirata05/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    By Syafie03/06/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: KOMINE Lancar Koleksi 2026SS Di MBS, Fokus Keselamatan Penunggang

    By Shazwan Hisam04/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.