Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Koleksi Helmet Gracshaw Edisi Jepun (2023) Lancar di Malaysia, Harga RM420
Aksesori

Koleksi Helmet Gracshaw Edisi Jepun (2023) Lancar di Malaysia, Harga RM420

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju14/06/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SYARIKAT tempatan Double Site Marketing (Double Site) memperkenalkan siri helmet Gracshaw Edisi Jepun (2023) ke pasaran tempatan pada RM420.

Ada enam pilihan helmet ditawarkan dan setiap satu menampilkan grafik menarik, iaitu: Kurita, Tsuru, Japop, Tengu, Oda dan Karasu.

Helmet Gracshaw Edisi Jepun (2023) pernah ditayangkan di acara Terengganu Bike Week 2023, Terengganu baru-baru ini. Produk itu ialah helmet jenis muka terbuka (open face) daripada model Gracshaw Gennex dengan ciri dwi-visor.

Rekaan helmet Gracshaw Edisi Jepun (2023) menumpukan tiga elemen utama, iaitu pernyataan gaya, ekspresi individu dan lanjutan kepada personaliti.

Enam rekaan berkenaan masing-masing menampilkan elemen Jepun yang dikategorikan kepada tiga tema utama, iaitu cerita rakyat, budaya pop dan catatan sejarah.

Wakil Bahagian Pemasaran Double Site, Farizan Md Akir berkata, helmet itu direka di Pulau Pinang dan pengeluaran dibuat di Jitra, Kedah yang menandakan ini produk buatan Malaysia.

Farizan berkata;

Ini berisan helmet paling unik dan menarik Gracshaw dan kami mengambil masa hampir lapan bulan membangunkannya daripada peringkat konsep hingga pengeluaran.

“Kami percaya produk Edisi Jepun kami akan dapat menawan hati penunggang Malaysia yang sudah biasa dengan budaya Jepun seperti kepelbagaian ikon, motif dan watak yang dibawakan Negara Matahari Terbit itu.

“Pelancaran ini adalah pencapaian penting buat jenama kami. Tahun depan kami merancang mengeksport produk ke pasaran lain di Asia Tenggara.”

Setiap pembelian diberikan beg galas eksklusif untuk perlindungan yang mudah dibawa.

Double Site mensasarkan jualan 10,000 unit helmet Gracshaw Edisi Jepun (2023) dibeli pemilik kapcai. Jika sambutan baik, pihaknya tidak menolak kemungkinan menghasilkan helmet muka penuh (full face) dengan liveri sama.

PERINCIAN TIGA TEMA UTAMA

Cerita Rakyat

Kurita (クリタ)
  • Mengambil ilham rekaan daripada dongeng Jepun popular dengan menonjolkan grafik sotong gergasi.
  • Sotong gergasi itu diilhamkan daripada kisah raksasa laut yang dihantar untuk mendapatkan semula permata suci dicuri penyelam mutiara, Puteri Tamatori dari Istana Raja Naga.
  • Elemen rekaan ialah pedang katana, mutiara, ombak dan bunga.

Tsuru 鶴 (つる)

  • Menampilkan burung jenjang mahkota merah, iaitu antara burung yang paling jarang ditemui di dunia.
  • Ada menganggap burung itu sebagai simbol tuah, umur panjang dan kesetiaan.
  • Di Jepun, burung jenjang dikenali sebagai tanchōzuru dan dikatakan mampu hidup hingga 1,000 tahun.
  • Burung jenjang dikatakan memberi bantuan sebagai balasan atas pengorbanan seperti dalam Tsuru no Ongaeshi (burung jenjang membalas budi).

Budaya POP

Japop (ジャポップ)
  • Diilhamkan daripad anime dan manga sebagai sesuatu yang menarik.
  • Menggabungkan unsur tradisional menarik seperti ikan dan haiwan dengan dinosaur dan watak manga popular Astro Boy.
Tengu 天狗 (てんぐ)
  • Watak utama ialah Tengu, iaitu makhluk sakti nakal dalam cerita rakyat Jepun yang dikatakan memiliki kuasa mengawal angin.
  • Tengu bermuka merah, hidung panjang,berjubah dan bersayap serta tidak boleh diusik kerana mampu menyebabkan huru-hara.

Catatan Sejarah

Oda 織田 (おだ)
  • Memberi pengiktirafan kepada pahlawan Jepun, Nobunaga Oda yang berani pada era Sengoku.
  • Ketua puak Oda itu berperang dengan ketua feudal lain dan berjaya menyatukan Jepun pada 1560-an.
  • Pertempuran Okehazama dianggap sebagai antara peristiwa paling penting dalam sejarah Jepun dengan Oda mengalahkan tentera yang berjumlah 10 kali ganda lebih ramai daripada pasukan sendiri.
  • Elemen rekaan utama seperti Oda memegang katana, memakai topeng dengan menunggang kuda berlatar belakang matahari terbit dan pokok bakung.
Karasu (カラス)
  • Menampilkan senjata digunakan kumpulan ninja seperti shuriken, kunai dan kusarigama.
  • Ninja tersohor, Hattori Hanzo yang berkhidmat dengan puak Tokugawa menerima pujian kerana menyelamatkan nyawa seorang shogun, Tokugawa Ieyasu yang kemudiannya memerintah Jepun.
  • Hanzo mengetuai pasukan 200 pahlawan ninja dan dikatakan memiliki pelbagai kebolehan ghaib yang membuat dia sukar dikalahkan.

Helmet Gracshaw Edisi Jepun (2023) boleh dibeli secara atas talian menerusi laman web Gracshaw, dan laman e-dagang Shopee dan media sosial Facebook.

aksesori Astro Boy Double Site Marketing Farizan Md. Akir Gracshaw Edisi Jepun Gracshaw Gennex helmet Japop Karasu Kurita Oda roda2 Tengu Terengganu Bike Week 2023 Tsuru
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.