Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»#KLIMS2026: MG ZS Hybrid+ Malaysia Dibuka Untuk Tempahan – Rebat RM3,000, Servis Percuma
Roda4

#KLIMS2026: MG ZS Hybrid+ Malaysia Dibuka Untuk Tempahan – Rebat RM3,000, Servis Percuma

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam12/06/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SHANGHAI Automotive Industry Corporation (SAIC) Motor Malaysia mengumumkan pembukaan tempahan untuk MG ZS baharu sempena Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2026 yang berlangsung di MITEC.

SUV segmen-B itu akan ditawarkan dalam dua pilihan trenkuasa iaitu Lux Hybrid+ dan Lux Turbo, namun versi hibrid akan dilancarkan terlebih dahulu manakala varian petrol turbo akan menyusul pada tarikh kemudian.

Dimensi Lebih Besar, Ruang Kabin Lebih Luas

Generasi terkini MG ZS tampil dengan dimensi lebih besar berbanding model terdahulu, dengan panjang keseluruhan 4,430mm, lebar 1,818mm dan jarak roda 2,610mm.

Menurut MG, saiz tersebut menjadikan ZS antara SUV segmen-B terbesar di pasaran, selain menawarkan ruang kargo 443 liter yang boleh diperluaskan sehingga 1,457 liter apabila tempat duduk belakang dilipat.

Sistem Hibrid Gabungan Kuasa 196PS

MG ZS Hybrid+ menggunakan enjin petrol 1.5 liter aspirasi semula jadi yang menghasilkan 102PS dan 128Nm, digandingkan dengan motor elektrik berkuasa 136PS serta tork 250Nm.

Gabungan sistem itu menghasilkan kuasa keseluruhan 196PS dan 465Nm bersama transmisi hibrid tiga kelajuan serta bateri 1.83kWh, membolehkan pecutan 0-100kmj dicapai dalam masa 8.7 saat.

Jarak Pemanduan Sehingga 870km

Selain prestasi lebih pantas, MG mendakwa ZS Hybrid+ mampu mencatat penggunaan bahan api serendah 5.1 liter bagi setiap 100km mengikut kitaran WLTP.

Dengan tangki bahan api 41 liter, SUV itu dikatakan mampu menawarkan jarak perjalanan sehingga 870km dalam satu isian penuh.

Varian Turbo Menyusul Kemudian

Bagi pelanggan yang mahukan prestasi enjin konvensional, MG turut merancang memperkenalkan varian Lux Turbo pada masa akan datang.

Model tersebut dijana enjin 1.5 liter turbo berkuasa 170PS dan 275Nm yang dipadankan bersama transmisi CVT.

Kelengkapan Premium, ADAS Standard

Antara ciri utama yang ditawarkan termasuk lampu hadapan Connected Hunter Eyes, lampu belakang LED, rim aloi 18 inci, kluster instrumen digital dan skrin infotainmen terapung bersaiz 12.3 inci.

Turut menjadi kelengkapan standard ialah pakej bantuan pemanduan MG Pilot ADAS 2.5 serta aplikasi MG iSmart yang membolehkan pemilik mengakses beberapa fungsi kenderaan secara jarak jauh melalui telefon pintar.

CKD Di Melaka, Empat Pilihan Warna

MG ZS Hybrid+ akan dipasang secara tempatan (CKD) di kilang EPMB Melaka yang turut menghasilkan MG S5 EV untuk pasaran Malaysia.

Pelanggan boleh memilih empat warna luaran iaitu merah, perak, hitam dan putih, semuanya dipadankan dengan kabin serba hitam.

Tempahan Dibuka Dengan Tawaran Awal

Harga rasmi dan spesifikasi penuh hanya akan diumumkan ketika pelancaran dalam masa terdekat, namun tempahan kini sudah dibuka dengan bayaran tempahan serendah RM99.

Sebagai promosi pengenalan, pelanggan terawal akan menerima rebat tunai RM3,000 serta pakej penyelenggaraan percuma selama tiga tahun.

Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) MG ZS MG ZS Hybrid+ SHANGHAI Automotive Industry Corporation (SAIC) Motor Malaysia Sistem Hibrid
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    27/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.