Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#KLIMS2018: Nissan Leaf Serba Baharu Singgah Malaysia
Auto Terkini

#KLIMS2018: Nissan Leaf Serba Baharu Singgah Malaysia

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju23/11/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEJAK dilancarkan pada 2010, Nissan sudah menjual lebih 350,000 unit Leaf  seluruh dunia. Model elektrik itu kini direka semula sepenuhnya dengan menggabungkan pelbagai aspek rekabentuk baharu yang dinamik dan berteknologi maju.

Sempena Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) mempamerkan Leaf serba baharu yang dipakejkan dengan e-powertrain termaju menerusi pek bateri lithium ion 40kwh yang menawarkan jarak pemanduan hingga 400km untuk sekali cas. Output kuasa 147.5hp dan tork 320Nm meningkatkan aspek pecutan dan keseronokan pemanduan.

BACA >>> Nissan Leaf Nismo Akhirnya Dilancarkan, Tetapi untuk Pasaran Jepun Sahaja

TEKNOLOGI PEMANDUAN AUTONOMI

Leaf serba baharu menampilkan teknologi pemanduan autonomi ProPilot. Apabila diaktifkan, ciri ini akan mengikut kenderaan depan mengikut  jarak yang ditetapkan selain memastikan hatchback ini berada atas laluan betul, iaitu tengah lorong memandu (walaupun di selekoh).

Teknologi ProPilot juga mampu menghentikan kenderaan sepenuhnya bergantung situasi trafik, dan bergerak semula apabila trafik kembali lancar. Satu lagi inovasi yang mampu meningkatkan pengalaman pemanduan ialah e-Pedal yang membolehkan pemandu memecut, memperlahankan kenderaan, berhenti dan menetapkan kedudukan kenderaan dengan menggunakan pedal minyak sahaja.

BACA >>> Malaysia Turut Jadi Destinasi Nissan Leaf (2018)

Penampilan luaran Leaf dapat dilihat menerusi profil rendah bersama aspek aerodinamik dan gaya lampu utama signatur berbentuk boomerang yang digabungkan bersama rekaan depan V-motion. Gril biru cerah dan kemasan biru pada bampar belakang menyerlahkan identiti sebagai kereta sifar emisi.

Ruang kabin Leaf direka semula menerusi panel depan baharu berbentuk ‘sayap luncur’ (gliding wing) dengan jahitan biru pada kerusi, papan pemuka dan stereng yang disepadukan dengan simbol kenderaan Elektrik Nissan. Selain Leaf, ETCM turut mempamerkan sistem e-Power, dan model seperti Serena S-Hybrid, Navara Black Series, X-Trail X Tremer dan Nissan Almera Black Series.

GALERI
Auto Terkini Edaran Tan Chong Motor (ETCM) KLIMS 2018 Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) Nissan Nissan LEAF Nissan Leaf Serba Baharu Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km, Harga Munasabah

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.