Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Kisah Santi Hernandez, Mekanik Hebat untuk Marquez yang Pernah Bekerja dengan Rossi
Autotainment

Kisah Santi Hernandez, Mekanik Hebat untuk Marquez yang Pernah Bekerja dengan Rossi

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju03/10/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


APABILA Marc Marquez turun dari RC213V dan duduk di hujung padok Repsol Honda, individu pertama yang akan diajaknya berbual ialah Santi Hernandez. Memang tidak syak lagi itulah orang paling penting di sebalik kejayaan juara dunia MotoGP lima kali itu.

Hernandez sudah menjadi jurutera trek untuk Marquez sejak pelumba Sepanyol itu beraksi dalam Moto2. Dari pandangan kasar, Hernandez tidak lebih daripada seorang lelaki berjambang dan berambut keriting yang ramah dan murah senyuman. Namun tiada siapa tahu kisah di sebalik mekanik handal kepada legenda MotoGP dalam pembikinan itu.

Jika Marquez sukakan dunia pemotoran di awal usia 4 tahun, begitu juga Hernandez. Bapanya, yang juga seorang mekanik,  membelikan motosikal kepadanya seawal usia 4 tahun, tetapi dia lebih teruja dengan bola sepak.

Lama selepas itu barulah Hernandez melibatkan diri dalam dunia motosikal, tetapi lebih bertumpu kepada mesin, iaitu sebagai mekanik dan kerjaya pertamanya adalah di bengkel Martorelles milik bapanya sendiri.

BACA >>> Marquez Kena Potong Tang Korner Lagi

BEKERJA DENGAN SYARIKAT SUSPENSI JEPUN

Lokasi bengkel bapanya yang bersebelahan bengkel suspensi Showa Eropah membuka peluang dalam perkembangan karier Hernandez di padok Grand Prix (GP) kerana di situlah dia bertemu Juan Martinez yang bekerja sebagai juruteknik di syarikat suspensi Jepun.

“Suatu hari kami berbual, dan dia (Martinez) beritahu mereka sedang cari anak muda untuk tambah staf teknikal,” kata Hernandez.

Bermula detik itulah Hernandez mula berkecimpung dalam dunia sukan permotoran seawal usia 20 tahun menerusi Martinez dan Antonio Jimenez (juga mekanik). Hasil pengalaman dan pengetahuan yang dikumpul bertahun-tahun lama mengenai selok-belok perihal suspensi depan dan belakang, termasuk roda dan tayar, Hernandez mula melebarkan kemahirannya di padok pasukan Max Biaggi dan Alex Barros.

BACA >>> #Videotomotif: Beginilah Caranya Pelumba MotoGP Berbincang dengan Mekanik Sendiri

Pada 1998, barulah Hernandez berkesempatan bekerja dengan pasukan HRC yang mengendalikan pasukan pengilang Hondda, bersama Alex Criville. Ketika itu, Honda sedang mengecap kejayaan menerusi legenda Mick Doohan.

Selepas itu, ramai pelumba yang mendapat khidmat Hernandez untuk suspensi jentera mereka seperti Sete Girbernau, Marco Melandri dan Collin Edwards. Malah, legenda hidup Valentino Rossi pun pernah menagih kepakarannya sebagai mekanik suspensi.

Pada 2009, barulah Hernandez diserahkan tugas sebagai ketua mekanik MotoGP untuk menguruskan Girbernau dalam pasukan Angel Nieto. Namun, disebabkan masalah dana, pasukan itu dibubarkan ketika musim perlumbaan sedang berlangsung dan dia hilang pekerjaan.

BACA >>> Marc Marquez Setuju Lanjut Kontrak 2 Tahun dengan Repsol Honda Team Hingga 2020

KALAU JODOH TIDAK KE MANA

Hernandez kemudian mendapat tawaran menjadi ketua mekanik Moto2 untuk Jules Cluzel. Namun, tempoh kerja dengan Cluzel berakhir selepas pelumba itu tidak mahu lagi bersaing dalam Moto2. Pada tahun sama, 2011, dia terima pula tawaran daripada Emilio Alzamora yang juga pengurus Marquez.

”Emilio minta saya jadi ketua mekanik Marquez di Moto2, ini peluang baik walaupun saya tak kenal Marquez, tetapi bakatnya sangat menyerlah,” katanya.

Akhirnya Marquez yang disokong teknikal Hernandez menjuarai Moto2 pada 2012. Setahun kemudian, Marquez direkrut naik HRC ke MotoGP dan pelumba muda itu menetapkan syarat semua mekaniknya di Moto2 perlu ikut sama!

Namun permintaan itu ditolak HRC, sebaliknya dihadkan kepada dua orang saja. Akhirnya Marquez memilih Carlos Liñan (ketua krew) dan Santi Hernandez (jurutera lumba).

BACA >>> Dilema Honda: Naikkan Gaji Marquez atau Korbankan Bajet R&D?

KEJUTAN SETIAP HARI DARIPADA MARQUEZ

Selepas itu, apa yang berlaku adalah sejarah demi sejarah dilakarkan Marquez dengan merangkul kejuaraan MotoGP sebanyak lima kali. Menariknya, Hernandez mengakui dia sebenarnya yang banyak belajar sesuatu daripada Marquez berbanding apa yang dia sudah lakukan.

“Marquez mengejutkan saya pada hari pertama kami bergandingan apabila beri komen pasal motor dan perasaannya. Dia sentiasa beri kejutan setiap hari. Bukan saya beritahu apa yang perlu dibaiki, tapï dia sebagai pelumba yang terus belajar daripada kesilapan.

“Biasanya kami akan bercakap sekali seminggu, tetapi dalam grup WhatsApp pasukan, sentiasa ada mesej masuk setiap hari dan kami berbual mesra. Ada baik juga berbual selain hal motor,” kata Hernandez.

BACA >>> #Videotomotif: Marc Marquez dan Dani Pedrosa Kantoi Jadi Cikgu Matematik

2019 MotoGP Auto Terkini Honda Racing Corporation (HRC) Honda Repsol Kejuaraan MotoGP Marc Marquez Pasukan Repsol Honda roda2 Santi Hernandez
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.