Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Ralat Polis: Pemandu X50 Maut Bukan Abang, Tapi Adik Berusia 21 Tahun yang Baru Ambil Kereta
Auto Terkini

Ralat Polis: Pemandu X50 Maut Bukan Abang, Tapi Adik Berusia 21 Tahun yang Baru Ambil Kereta

Han OthmanBy Han Othman09/06/20262 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Nahas Proton X50 Sungai Petani

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) hari ini membuat pembetulan rasmi mengenai identiti pemandu dalam nahas ngeri Proton X50 yang meragut enam nyawa ahli keluarga di Kampung Baru Pinang Tunggal, Sungai Petani semalam.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah mengesahkan pemandu kenderaan utilitis sukan (SUV) tersebut adalah pemiliknya sendiri, Ahmad Fahim Ahmad Shukri, 21, dan bukan abang sulung mangsa seperti dilaporkan pada awal.

Nahas Proton X50 Sungai Petani
Nahas Proton X50 Sungai Petani

Pengecaman awal sebelum ini menyebut pemandu ialah Koperal Ahmad Shafiq Ahmad Shukri, 29, yang juga seorang anggota polis.

Adzli berkata, kekeliruan berlaku disebabkan keadaan kenderaan yang remuk teruk dan maklumat awal yang diterima di tempat kejadian.

Namun, siasatan lanjut mengesahkan Ahmad Fahim yang berada di sebalik stereng ketika kemalangan berlaku,” katanya.

Baru Ambil Kereta Beberapa Jam Sebelum Tragedi

Nahas Proton X50 Sungai Petani
Nahas Proton X50 Sungai Petani
Nahas Proton X50 Sungai Petani
Nahas Proton X50 Sungai Petani

Fakta lebih menyayat hati didedahkan polis, Ahmad Fahim sebenarnya baru saja mengambil SUV Proton X50 yang baharu dibeli itu pada hari kejadian, hanya beberapa jam sebelum kemalangan maut jam 3.50 petang itu.

Dalam insiden itu, Proton X50 yang dinaiki tujuh sekeluarga bertembung sebuah lori tanah, yang menyebabkan enam mangsa maut di tempat kejadian.

Mangsa terkorban ialah:

  • Ahmad Fahim Ahmad Shukri (pemandu, 21 tahun)
  • Isterinya, Nur Amira (difahamkan)
  • dan empat ahli keluarga lain

Satu-satunya mangsa terselamat adalah seorang kanak-kanak berusia tiga tahun, Aulia Sofea Ahmad Shafiq, yang kini masih dirawat di hospital dengan kecederaan serius. Beliau ialah anak kepada Koperal Ahmad Shafiq.

Jenazah Selamat Dikebumikan

Nahas Proton X50 Sungai Petani

Suasana pilu menyelubungi dua tanah perkuburan pagi tadi, yang mana lima mangsa telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Abidi di Merbok pagi ini, manakala seorang lagi mangsa, kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun, Iskandar Affan Ibrahim, dikebumikan lebih awal di Tanah Perkuburan Islam Masjid Permatang Kuang di Penaga, Pulau Pinang.

Pihak polis masih meneruskan siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk mengenal pasti punca sebenar kemalangan.

PDRM turut meminta orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan menghormati privasi keluarga mangsa yang sedang berduka.

Al-Fatihah buat semua mangsa. PanduLaju merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga.

Nahas Proton X50 Sungai Petani
Nahas Proton X50 Sungai Petani
Nahas Proton X50 Sungai Petani
Nahas Proton X50 Sungai Petani
Nahas Proton X50 Sungai Petani
Nahas Proton X50 Sungai Petani
Nahas Proton X50 Sungai Petani
Nahas Proton X50 Sungai Petani
Nahas Proton X50 Sungai Petani

SUMBER: NST.com.my

 

Ahmad Fahim Auto Terkini Datuk Adzli Abu Shah kemalangan maut kemalangan maut Kedah Kemalangan X50 kemalangan X50 Sungai Petani Polis Kedah Proton X50
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

20/07/2026
Auto Terkini

Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km, Harga Munasabah

20/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

20/07/2026
LaLaport Transportation Hub (LTH)
Auto Terkini

LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

20/07/2026

2 Comments

  1. Playbillybets on 09/06/2026 16:58

    That’s such a heartbreaking situation. Makes you wonder about the impact on the family involved.

    Reply
    • Supian Yussof on 01/07/2026 12:28

      Regardless of you had been driving from the last 30 years, ..driving ‘x50’ , needs some degree of familiarity to be driven competently. What more when you are over-crowded with eager family members. This is my comment when I 1st drove my sons X50, ..though I had been driving from the last 45 years.
      salam sejahtera.

      Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.