Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kia Perkenal Hab Latihan Global Kelima di Malaysia
Auto Terkini

Kia Perkenal Hab Latihan Global Kelima di Malaysia

SyafieBy Syafie13/09/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KIA Asia Pasifik meningkatkan tahap keterlihatannya di Malaysia dengan melancarkan Pusat Latihan Kia Asia Pasifik di Glenmarie, Shah Alam, sekaligus berjaya mengwujudkan hab latihan global ke-5 di dunia, pada Rabu.

Pemilihan lokasi di Kuala Lumpur ini berfungsi sebagai ibu pejabat serantau organisasi itu dengan menunjukkan keyakinan tinggi terhadap Malaysia sebagai hab penting di rantau Asia Pasifik.

Pusat latihan ini juga akan membantu meningkatkan kemahiran dan pengetahun anak-anak syarikat termasuk kakitangan bahagian operasi, jualan, serta selepas jualan dengan wujudnya Kecemerlangan Latihan Automotif.


Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kia Asia Pasifik, Kevin Ahn berkata;

Pembukaan Pusat Latihan Kia APAC ini selari dengan falsafah syarikat kami untuk memupuk budaya yang mementingkan pelanggan dan orang ramai. Pusat latihan ini menunjukkan komitmen kami terhadap penambahbaikan secara bereterusan dan membantu kami memberikan perkhidmatan berkualiti tinggi yang melebihi jangkaan pelanggan.”

“Malaysia dipilih daripada 34 pasaran kami di APAC kerana lokasinya yang strategik, membolehkan kami memenuhi keperluan industri yang berkembang sambil mengekalkan pasukan di barisan hadapan dalam kemajuan teknologi.”

 

Berikut antara kemudahan yang ditawarkan dalam pusat latihan ini:

  • Bilik darjah paparan berteknologi tinggi untuk pengajaran teori
  • Bengkel penuh untuk sesi praktikal
  • Pusat sumber berkomputer untuk maklumat kenderaan Kia
  • Simulator pembaikan maya
  • Alat khusus seperti peralatan diagnostik Kia
  • Menggunakan kereta Kia EV6, EV9, EV5, dan EV3 untuk latihan praktikal.


Pusat latihan baharu ini boleh memuatkan sehingga 80 pelatih pada bila-bila masa dengan persekitaran pembelajaran yang optimum. Jenama itu juga menyasarkan 3,000 pelatih setiap tahun untuk menyokong semua 34 negara di rantau Asia Pasifik.

Selepas tamat program latihan, kesemua pelatih akan menerima pensijilan daripada Kia Asia Pasifik bagi mengesahkan kemahiran dan kepakaran mereka dalam rangkaian global Kia.

Auto Terkini Hab Latihan Kia Asia Pasifik Kia Kia Asia Pasifik
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Aston Martin Vanquish 25, Kuasa 835 PS dan 1,000Nm, Bukti V12 Sentiasa Dihormati!

    22/07/2026
    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Mercedes-Maybach GLS 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 โ€“ 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    22/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    22/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.