Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kia Optima GT – 2.0 Turbo 242hp, 350Nm – Kini di Pasaran!
Auto Terkini

Kia Optima GT – 2.0 Turbo 242hp, 350Nm – Kini di Pasaran!

Abang HirataBy Abang Hirata31/05/20171 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


NAZA Kia Malaysia nampak begitu agresif kerana sudah melancarkan empat model baharu untuk pasaran Malaysia. Paling terkini, Kia Optima GT yang dikuasakan enjin baharu Theta II 2.0 Turbo baru saja dilancarkan 24 April lalu.

Bercakap pada majlis pelancaran, Ketua Pengawai Operasi (COO) Kumpulan Automotive Naza Corporation Holdings Sdn Bhd, Datuk Samson Anand George berkata;

Kia Optima GT ialah ekspresi kepada prestasi dan gaya kontemporari. Model ini berada setahap di atas berbanding pesaing lain. Ia juga hasil kerja keras berbulan lama, termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) pasukan kami yang mendapat sokongan Kia Motors Corporation.”

Berikut ciri-ciri Kia Optima GT:

Enjin

  • Theta II 2.0 T-GDI Turbo
  • 242hp @ 6,000 rpm
  • 350Nm @ 1,400 rpm
  • Output di atas menjadikan Optima GT paling berkuasa dalam kelasnya dan setara pesaing lain dari Eropah.
  • Pecutan 0-100kmj dalam masa 7.4 saat.
  • Penggunaan bahan api 8.5 liter/km – gabungan pemanduan
  • Ada 3 mod pemanduan – Sport, Normal dan Eco
  • Mod Sport akan mengubah respon pedal dengan stereng yang terasa lebih berat.
  • Mod Normal akan menala kereta mengikut tetapan standard.
  • Mod Eco pula akan mengurangkan respon pedal, menjadikan stereng lebih ringan dan memperlahankan operasi penyaman udara untuk penjimatan bahan api.

Transmisi

  • Automatik 6-kelajuan

Ciri Keselamatan

  • 6 beg udara – 2 depan, 2 sisi dan 2 tirai
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC)
  • Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC)
  • Kawalan Bantuan Mula-Daki (HASC)
  • Signal Henti Kecemasan (ESS)
  • Rating 5-bintang EuroNCAP, 5-bintang Asean NCAP, 5.1 bintang US NCAP dan gred pertama Korean NCAP

Luaran

  • Dimensi lebih besar berbanding generasi terdahulu.
  • Perbezaan – 10mm lebih panjang, 300mm lebih lebar, 10mm lebih tinggi dan jarak roda lebih panjang 10mm.
  • Gril signatur Dot Array Mesh Satin Chrome.
  • Difuser belakang.
  • 2 ekzos.
  • Lampu siang (DRL) LED.
  • Lampu utama dengan teknologi Cahaya Lentur Dinamik (Dynamic Bending Light) – Berfungsi menghala lampu mengikut sudut putaran stereng dan memberikan pencahayaan di selekoh gelap.
  • 3 warna pilihan – Gravity Blue (biru), Aurora Black (hitam), dan Snow White Pearl (putih).

Dalaman

  • Kemasan aluminium pada konsol tengah dan pedal.
  • Bahagian depan tengah papan pemuka dicondongkan 8.5 darjah ke arah pemandu.
  • Stereng berbentuk D yang rata di bahagian bawah.
  • Panel pintu dan kerusi dibalut kulit lembut dan dikatakan paling selesa dalam kelas.
  • Kerusi elektrik untuk pemandu dan penumpang depan boleh laras.
  • Dua kerusi depan turut dilengkapi ventilator untuk memberikan udara nyaman pada pemandu dan penumpang.
  • Pengecas telefon pintar tanpa wayar dengan medan elektromagnetik – mampu mematikan fungsi jika suhu terlampau tinggi.
  • Skrin 7-inci TFT LCD dengan MP3 dan MP4 berserta sambungan  Bluetooth, iPod dan MirrorLink.

Kia Optima GT baharu menawarkan keseimbangan antara kuasa, keselesaan, dan keluasan. Lebih penting, keselamatan untuk seisi keluarga dan jarang kereta seumpamanya dilengkapi spesifikasi sebegini. Malah, Naza Kia turut menawarkan waranti lima tahun.

Harga atas jalan Kia Optima GT ialah RM179,888.

KREDIT FOTO: Kia Malaysia

Kia Kia Optima GT
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Pemenang Peraduan BHPetrol ‘Beli dan Menang, Mencari OKB’ Diumumkan, Hadiah Keseluruhan RM300,000!

    13/06/2026
    Auto Terkini

    BMW M Concept Neue Klasse Diperkenalkan, Bayangan Masa Depan Model Prestasi Elektrik BMW M

    13/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: MG HS Hybrid+ Dipratonton – SUV Segmen-C Bakal Cabar Honda CR-V e:Hev?

    12/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Wuling HuaJing S Dipamerkan Buat Kali Pertama di Luar China

    12/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.