Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kia Grand Carnival Selamat Lancar, Harga Bermula RM153,888
Roda4

Kia Grand Carnival Selamat Lancar, Harga Bermula RM153,888

Abang HirataBy Abang Hirata23/03/20172 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PERMINTAAN domestik bagi pasaran kenderaan pelbagai guna (MPV) dan kenderaan utiliti sukan (SUV) memang besar. Puncanya, hubungan rapat seisi keluarga, cuti umum panjang dan rangkaian jalan raya baik yang membolehkan kita memandu pulang ke kampung atau bercuti dengan selesa dan mudah.

Jadi, tidak hairanlah banyak pengeluar berlumba-lumba mahu menjual kenderaan ‘acah-acah’ MPV yang kononnya ada tujuh tempat duduk, tetapi hakikatnya cuma sebuah station wagon 5 tempat duduk dengan tambahan 2 kerusi.

BACA >>> Kia Grand Carnival Sah Dirasmikan Januari 2017 – Enjin 2.2L Diesel, Harga Bermula RM160,000

Tidak banyak MPV menawarkan konfigurasi 7 tempat duduk tulen yang mampu memuatkan penumpang dengan selesa. Jika melihat harga MPV seperti Toyota Alphard, Vellfire, Estima dan Nissan Elgrand pula, masing-masing di luar jangkauan ramai pembeli, tambahan lagi semua model itu cuma kenderaan terpakai yang diimport dari luar negara.

Jangan bimbang, jika anda memang sedang tercari-cari MPV baharu dengan 8 tempat duduk berserta waranti kilang, Naza Kia Malaysia Sdn Bhd (Naza Kia) baru saja melancarkan Kia Grand Carnival baharu. Apa yang menarik tentang model MPV ini?

VARIAN

  • 2.2 D
  • 2.2 CRDI KX
  • 2.2 CRDI EX

LUARAN

  • Lampu depan halogen projektor dengan lampu siang (DRL) LED.
  • lampu kabus depan dan belakang.
  • Lampu belakang kombi LED.
  • Cermin sisi boleh lipat elektrik (dengan indikator LED).
  • Rek bumbung (EX)
  • Gril radiator hitam berkilat dengan akses krom.
  • Rim aloi 18-inci .
  • Tayar 235/60.
  • Antena sirip jerung (shark fin).

DALAMAN

  • Masukan tanpa kunci (keyless entry)
  • Pintu gelungsur elektrik (EX), manual (2.2D)
  • Kamera undur
  • Sistem audio 6-pembesar suara dengan konektiviti USB dan Auksiliari
  • Roda stereng teleskopik, condong (tilt)
  • Brek parkir kaki
  • Kawalan jelajah automatik
  • Kerusi fabrik kelabu dua-tona (KX), kerusi kulit dua-tona (EX)
  • Penyaman udara manual
  • Penyaman udara kawalan iklim automatik zon tigaan dengan ionizer kluster
  • Kluster instrumen TFT-mono OLED 3.5 inci
  • Sistem hiburan dengan skrin LCD berwarna 4.3 inci
  • Ventilator penyaman udara di siling setiap baris kerusi.
  • Kerusi baris kedua boleh lipat 40:20, boleh gelungsur ke depan untuk akses masuk mudah ke baris ketiga.
  • Kerusi baris ketiga boleh lipat 50:50 untuk lebih ruang kargo.
  • Kapasiti but standard 359 liter, boleh meningkat kepada 2,718 liter apabila kerusi dilipat.
  • Kerusi depan dilaras manual (KX, D) dengan sokongan lumbar di bahagian pemandu.
  • Kerusi elektrik dengan 8-cara pelarasan untuk pemandu dan 4-cara untuk penumpang depan (EX).

KESELAMATAN

  • 6 beg udara (dua depan, sisi dan tirai)
  • Sensor parkir depan dan belakang
  • Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC)
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Kawalan Bantuan Daki (HAC)
  • Cagak kerusi kanak-kanak ISOFIX

WARNA

  • Snow White Pearl (putih)
  • Aurora Black Pearl (hitam)
  • Titanium Brown (coklat)

HARGA

  • Kia Grand Carnival 2.2D – RM153,888
  • Kia Grand Carnival 2.2 CRDI KX – RM169,888
  • Kia Grand Karnival 2.2 CRDI EX – RM185,888
  • Harga adalah atas jalan dengan insurans dan termasuk waranti pengeluar lima tahun dan perbatuan tanpa had. Naza Kia turut menawarkan pakej kewangan pintar, dipanggil ‘Value 5’.

GALERI

Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) Kia Kia Grand Carnival (2017) MPV Naza Kia
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026

    2 Comments

    1. Zaki on 21/02/2018 21:54

      Bagaimanapula tentang alat ganti kia mov baru ni tuan ?

      Reply
      • ABG GYL on 22/02/2018 13:45

        maksudnya?

        Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.