Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kia Forte (2023) Lancar di Amerika, Apa Baharu Kali Ini?
Roda4

Kia Forte (2023) Lancar di Amerika, Apa Baharu Kali Ini?

Abang HirataBy Abang Hirata05/09/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KIA Forte
generasi pertama pernah menjadi sedan popular di Malaysia suatu masa dulu. Generasi kedua menyusul dengan diberikan nama Cerato, manakala generasi ketiga dilancarkan pada 2018 dan pernah dibawa masuk untuk menjalani ujian di jalan raya awam, tetapi tidak dijual kepada umum.

Di pasaran global, Forte generasi ketiga terus diperbaharui dan kali terakhir dilakukan pada 2021 yang  dijual sebagai model 2022 di Amerika Syarikat (AS) dengan tampil segak dan segar.

BACA >>> Kia Cerato Koup (2015) – Harga RM135,888
BACA >>> Imej Kia K3 (2022) Didedah! Tampil Rekabentuk Serba Baharu Lebih Mengancam

Terbaharu, Kia America baru saja memperkenalkan Forte (2023). Apa yang baharu kali ini?

  • Pertama, Forte (2022) sudah sedia menjalani perubahan signifikan dengan rekabentuk depan dan belakang baharu, pengenalan skrin navigasi 10.25 dan juga tambahan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS).
  • Forte (2023) pula mengekalkan resepi sedia ada dan hampir sama. Di AS, Forte ditawarkan dalam empat varian: LX (sebelum ini FE), LXS, GT-Line dan GT.

  • Bagi Forte LX, LXS dan GT-Line (2023), semua varian dijana enjin 2.0L yang patuh piawaian SULEV30 (Super Ultra Low Emissions Vehicle).

  • Pakej khas, GT Technology Package tidak lagi ditawarkan, manakala FCA Fusion, iaitu kombo ciri Peringatan Pelanggaran Berdepan – Penunggang Basikal, Parkir Brek Elektronik, Bantuan Pemandu Lebuh Raya dan Kawalan Jelajah Pintar (ACC) Berasaskan Navigasi yang sebelum ini ada pada GT Technology Package kini ditambah untuk Forte GT dengan transmisi dual-klac (DCT).
  • Mengenai enjin, selain 2.0L MPI, pengguna turut ditawarkan enjin 1.6L Turbo GDI. Enjin aspirasi natural (NA) pada MPI dipadankan transmisi automatik CVT berkuasa 147hp dan tork 179Nm.
  • Enjin turbo GDI pula lebih sensasi dengan transmisi manual 6-kelajuan atau DCT 7-kelajuan yang menghasilkan kuasa 201hp dan tork 264Nm.
  • Berikut varian dan harga Forte (2023) versi AS:
    • Forte LX – AS$19,490 (RM87,070)
    • Forte LXS – AS$19,990 (RM89,310)
    • Forte GT-Line – AS$21,690 (RM96,900)
    • Forte GT (DCT) – AS$24,190 (RM108,070)
    • Forte GT (MT) – AS$24,890 (RM111,200)

Kia Cerato 2015 di Malaysia

Kia di pasaran Malaysia kini di bawah pengurusan baharu. Soalannya, adakah Forte atau Cerato bakal dipasarkan semula?

Jika mahu bersaing, sedan dari Korea ini perlu dipasangkan dalam negara. Seperkara lagi perlu diingat, cita rasa pengguna tempatan kini pun sudah berubah kepada kenderaan utiliti sukan (SUV).

BACA >>> Kia Forte Nombor Satu dalam Kajian Kualiti Segmen Kompak J.D. Power 2022 di AS!
BACA >>> Kia K5 dan Sorento Menang Anugerah Good Design

Kia Forte (2023)

SUMBER: KiaAmerica

Kia Kia Cerato Kia Forte Kia Forte (2022) Kia Forte 2023 Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.