Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kenderaan Elektrik (EV)»Kia EV3 2027 – SUV EV Kompak yang Boleh Pandu hingga 603km
Kenderaan Elektrik (EV)

Kia EV3 2027 – SUV EV Kompak yang Boleh Pandu hingga 603km

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam28/07/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Kia EV3 2027

KENDERAAN utiliti sukan (SUV) dari Korea, Kia EV3 2027 tampil sebagai SUV elektrik (EV) kompak baharu yang dibangunkan berasaskan platform khas EV, Electric-Global Modular Platform (E-GMP).

Model itu direka untuk menjadi EV famili utama dengan menawarkan gabungan jarak pemanduan jauh, ruang kabin luas, teknologi moden dan kecekapan tenaga tinggi.

Kia EV3 2027
Kia EV3 2027

Berdasarkan ujian WLTP, EV3 mampu mencapai jarak pemanduan hingga 603km untuk varian Long Range, sekali gus meletakkan SUV itu antara model EV paling efisien dalam segmen.

Kia turut menyasarkan EV3 sebagai model kapasiti tinggi yang mampu menarik lebih ramai pengguna beralih kepada mobiliti elektrik.

Rekabentuk ‘Opposites United’ Lebih Moden, Futuristik

Kia EV3 2027
Kia EV3 2027

Dari segi penampilan, Kia EV3 2027 menggunakan falsafah rekabentuk ‘Opposites United’ yang turut digunakan pada EV6 dan EV9.

Rupa depan menampilkan identiti baharu muka harimau digital Digital Tiger Face dengan lampu LED ‘Star Map’ untuk imej moden dan futuristik.

Bergantung varian, EV3 didatangkan dengan rim aloi 17 inci atau 19 inci, hendal pintu rata jenis flush automatik, rel bumbung dan tujuh pilihan warna seperti Pistachio Green (hijau) dan Frost Blue (biru).

Kabin Luas dengan Konsep Istirahat

Kia EV3 2027
Kia EV3 2027

Antara kelebihan utama Kia EV3 2027 ialah ruang kabin luas ala ruang istirahat (lounge) hasil penggunaan platform E-GMP dengan lantai rata dan jarak roda 2,680mm, sama seperti Kia Sportage.

Model itu menawarkan kapasiti but sehingga 460 liter, yang boleh diluaskan kepada 1,250 liter apabila tempat duduk belakang dilipat.

Selain itu, ada juga ruang simpanan depan (frunk) 25 liter untuk menyimpan kabel pengecas.

Skrin Kembar 12.3 Inci, Sistem Audio Harman Kardon

Kia EV3 2027
Kia EV3 2027

Semua varian Kia EV3 2027 dilengkapi kluster instrumen digital 12.3 inci berserta unit infotainmen skrin sentuh bersaiz sama.

Varian premium GT-Line S menerima sistem audio premium Harman Kardon dengan lapan pembesar suara, lampu ambien, pengecas telefon wayarles 15W dan meja gelongsor di konsol tengah.

Juga disediakan empat port pengecas USB Type-C, kunci digital, kemas kini perisian atas talian Over-The-Air (OTA), langganan sistem Kia Connect tujuh tahun dan fungsi Kia In-Car Payment yang membolehkan pembayaran parkir dibuat terus melalui unit infotainmen.

Material Mesra Alam

Kia EV3 2027

Selari komitmen kelestarian Kia, EV3 menggunakan pelbagai bahan mesra alam seperti fabrik PET kitar semula, Bio-PU, Bio-PE, cat bebas BTX dan bahan plastik kitar semula pada beberapa bahagian kabin.

Kia turut menawarkan aksesori pelapik but edisi khas yang dihasilkan menggunakan 40 peratus plastik kitar semula dari Lautan Pasifik, hasil kerjasama dengan organisasi The Ocean Cleanup.

Pemanduan Lebih Selesa, Stabil

Kia EV3 2027

Kia EV3 2027 dibangunkan dengan menumpukan kepada keselesaan dan kestabilan pemanduan. Pek bateri dipasang rendah antara gandar depan dan belakang bagi merendahkan pusat graviti (CoG), sekali gus meningkatkan keseimbangan ketika mengambil selekoh.

SUV EV itu menggunakan suspensi belakang jenis multi-link, stereng elektronik R-MDPS dan sistem pemvektoran tork dinamik Dynamic Torque Vectoring bagi memberikan pengendalian lebih stabil di lebuh raya dan jalan berliku.

Lima Mod Pandu Ikut Keperluan

Pemandu boleh memilih lima mod pemanduan berbeza seperti: Eco, Normal, Sport, My Drive, dan Snow.

Mod My Drive membolehkan tetapan stereng, respons terotel dan brek diubah mengikut cita rasa pemandu, manakala mod Snow membantu meningkatkan cengkaman atas permukaan jalan licin.

Motor Elektrik 201hp dengan Dua Pilihan Bateri

Semua varian Kia EV3 2027 menggunakan motor elektrik pacuan roda depan (FWD) yang menghasilkan output kuasa 201hp dan tork 283Nm.

Pembeli boleh memilih dua kapasiti bateri seperti berikut:

  • Standard Range – 58.3kWh
  • Long Range – 81.4kWh

Varian Long Range menawarkan jarak pemanduan hingga 603km (WLTP), manakala pemanduan bandar boleh mencecah sehingga 771km mengikut (WLTP City).

Pengecasan Pantas, Teknologi V2L

Kia EV3 2027

Kia EV3 2027 menyokong pengecasan pantas (DC) 400V yang membolehkan bateri dicas 10 – 80 peratus dalam masa 29 minit (58.3kWh) atau 31 minit (81.4kWh).

Dalam tempoh 15 minit pengecasan pula, EV3 mampu menambah kira-kira 201km jarak pemanduan.

Varian GT-Line S turut dilengkapi fungsi kenderaan kepada beban Vehicle-to-Load (V2L) yang membolehkan tenaga daripada bateri digunakan untuk menghidupkan peralatan elektrik luaran.

Selain itu, EV3 turut menyokong teknologi kenderaan kepada grid Vehicle-to-Grid (V2G), kenderaan kepada rumah Vehicle-to-Home (V2H) dan kenderaan ekpada bangunan Vehicle-to-Building (V2B) pada masa depan.

Sistem Bantuan Pemandu Lengkap

Semua varian Kia EV3 2027 dilengkapi pelbagai ciri Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS), seperti:

  • Bantuan Pemanduan Lebuh Raya2 (HDA2)
  • Kawalan Jelajah Pintar 2 (SCC2)
  • Bantuan Susur Lorong 2 (LFF2)
  • Bantuan Kekal Lorong (LKA)
  • Bantuan Elak Perlanggaran Titik Buta (BSCAA)
  • Bantuan Elak Trafik Lintas Belakang (RCTAA)
  • Bantuan Elak Perlanggaran Depan 2 (FCAA2)
  • Bantuan Had Laju Pintar (ISLA)
  • Bantuan Brek Pelbagai Rempuhan (MCBA)

Varian GT-Line S turut menerima kamera pandang keliling 360º, Monitor Pandangan Titik Buta (BSVM), dan Banruan Parkir Pintar Kawalan Jauh (Remote Smart Parking Assist, RSPA).

Antara EV Paling Lengkap dalam Segmen

Kia EV3 2027

Dengan gabungan jarak pemanduan sehingga 603km, ruang kabin luas, teknologi moden, bahan binaan mampan dan pakej keselamatan lengkap, Kia EV3 2027 dilihat berpotensi menjadi antara SUV EV kompak paling kompetitif di pasaran.

Model itu turut membuktikan pendekatan Kia dalam membawa teknologi premium daripada EV6 dan EV9 kepada segmen yang lebih mampu dimiliki, sekali gus menawarkan pengalaman pemilikan EV lebih praktikal untuk kegunaan harian atau perjalanan jarak jauh.

SUMBER: KiaPress 

Kia EV3 2027
Kia EV3 2027
Kia EV3 2027
Kia EV3 2027
Kia EV3 2027
Kia EV3 2027
Kia EV3 2027
Kia EV3 2027
Kia EV3 2027
Kia EV3 2027
Kia EV3 2027
Kia EV3 2027
Kia EV3 2027
EV6 EV9 Harman Kardon Kenderaan Elektrik (EV) Kia EV3 Material Mesra Alam Opposites United Roda4 SUV Elektrik SUV EV
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Mercedes-AMG A45 S Final Edition
    Roda4

    Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

    28/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    Porsche Cayenne Turbo Electric previu di Malaysia
    Roda4

    Porsche Cayenne Turbo Electric Tayang di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2 Juta!

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.