Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kia Ceed GT (2019) Kini dengan Gear DCT 7-Kelajuan
Roda4

Kia Ceed GT (2019) Kini dengan Gear DCT 7-Kelajuan

Abang HirataBy Abang Hirata16/09/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JIKA ada anugerah pengeluar paling istiqamah di dunia, Hyundai-Kia Group layak memenanginya. Satu perkara tentang KIA ialah syarikat ini tidak pernah berhenti mengeluarkan produk menggagumkan dan tidak semua produk tersebut berjaya.

Namun kegagalan dijadikan pelajaran dan pengalaman yang memacu Kia untuk sentiasa melahirkan model segar yang dapat menyaingi pengeluar global lain.

BACA >>> #GMS2018: Kia Ceed (2018) Serba Baharu Tiba di Geneva, Sedia Cabar VW Golf

Berbanding China, Korea Selatan tidak mempunyai sejumlah 24 juta pasaran kereta setahun. Mahu atau tidak, Kia perlu bersaing di peringkat global. Jadi, apabila KIA membuat kereta untuk pasaran Eropah, produk itu benar-benar dibuat di sana.

Model terbaharu, Ceed GT (2019) ialah taruhan terbaharu untuk pasaran Eropah yang bakal ditayangkan secara rasmi pada Pameran Motor Paris 2018, bulan depan.

Apa yang istimewa sangat tentang Ceed GT (2019)?

  • Cee’d GT dan pro_cee’GT adalah model hatchback prestasi pertama KIA yang dilancarkan pada 2013.
  • Model baharu Ceed mengekalkan konsep sama, iaitu pemanduan menyeronokkan dengan enjin 1.6L turbo.
  • Enjin 1.6L T-GDi mempunyai kuasa 201hp @ 6,000 rpm dan tork 265Nm @ 1,500 rpm-4,500 rpm.
  • Buat kali pertama dalam sejarah hatchback Kia, Ceed GT ditawarkan dalam transmisi dual klac (DCT) 7-kelajuan atau manual 6-kelajuan sedia ada – Barulah sedap bersaing dengan Volkswagen Golf.
  • Ceed GT dikeluarkan di kilang baharu KIA di Žilina, Slovakia.
  • Menggunakan rim aloi 18 inci sebagai ciri standard dengan kaliper brek merah.
  • Dilengkapi kerusi depan sport rekaan khas dengan bahagian sisi lebih besar dan keras selain sokongan peha ala kereta prestasi.
  • Ceed GT ditala khusus dibawah seliaan Albert Biermann – Bekas Ketua BMW M yang kini memegang jawatan Ketua Ujian Kenderaan dan Pembangun Model Prestasi Tinggi KIA.
  • Ceed GT menjalani fasa pembangunan 6 bulan lebih lama berbanding model biasa.
  • Cakera brek depan juga berbeza berbanding Ceed biasa, daripada 288mm kepada 320mm, dan 3mm lebih tebal menjadi 28mm.
  • Ada 3 mod pemanduan: Drive, Normal dan Sport

BACA >>> Naza Kia Malaysia Umum Harga Baru dengan SST – Turun Hingga RM6k

Akhir sekali, satu perkara mengecewakan dengan model ini ialah ia cuma ditawarkan eksklusif untuk pasaran Eropah! Bukan untuk negara kelahirannya sendiri, Korea Selatan, apatah lagi Malaysia!

GALERI
hatchback hot-hatch Hyundai-Kia Group Kia Kia Ceed GT (2019) Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    23/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Roda4

    BMW M3 Touring Competition M xDrive Rasmi Tiba di Malaysia, Wagon M Pertama, Harga RM898,800

    23/07/2026
    Roda4

    BMW M2 CS Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM950,800!

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.