Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Apple CarPlay [SIRI 1/2]: Ketahui Sejarah Aplikasi Bebas Tangan
Autotainment

Apple CarPlay [SIRI 1/2]: Ketahui Sejarah Aplikasi Bebas Tangan

Han OthmanBy Han Othman29/05/20177 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DALAM pasaran kereta baharu masa kini, anda tentu sudah terbiasa mendengar terma Apple CarPlay yang disebut dalam banyak reviu pandu uji kereta. Ciri Apple CarPlay boleh dianggap sebagai daya penarik baru yang ditawarkan pengeluar automobil kepada sasaran bakal pembeli kereta hari ini. Tetapi, tahukah anda apakah itu Apple CarPlay dan sejarahnya?

Apple CarPlay sebenarnya ialah cara terbaik menggunakan telefon bebas tangan dengan menyediakan integrasi terbaik berbanding Bluetooth. Hampir semua kereta baharu yang menawarkan Apple CarPlay didatangkan dengan skrin sentuh yang membolehkan pengguna melihat paparan diberikan itu sama seperti telefon pintar mereka.

BACA >>> Apple Patenkan Teknologi Kurangkan Gangguan Telefon Ketika Memandu Guna Jam Tangan

Malah, pengguna bukan saja boleh membuat panggilan, tetapi juga boleh menggunakan aplikasi navigasi, pesanan mesej dan aplikasi lain yang membolehkan anda menggunakan diktasi suara, Spotify dan perkhidmatan strim muzik.

Bagi kebanyakan pengeluar automobil, Apple CarPlay dianggap sebagai penyelamat kerana membantu mereka menyediakan fungsi navigasi dan menyelenggara perisian itu. Walaupun pembeli bukan pemilik peranti Apple tidak berpeluang menikmati kelebihan navigasi tersebut, tetapi rata-rata pengeluar turut sama menawarkan ciri Android Auto, yang dikhaskan buat pengguna Android (akan dijelaskan dalam artikel lain).

MUDAHKAN PENGELUAR AUTOMOTIF

Jadi, ciri ini diakui dapat memberi banyak kelebihan kepada pengguna dan pengeluar. Namun, tidak semua syarikat kereta senang hati dengan kewujudan Apple CarPlay. Sesetengahnya, enggan menerima ciri itu untuk produk mereka dan Toyota adalah salah satu daripadanya.

BMW juga antara pengeluar yang keberatan menggunakan ciri tersebut. Ini kerana pengeluar kereta mewah itu sudah sedia melabur begitu banyak masa, tenaga dan wang untuk membangunkan sistem infotainment sendiri, yang dipanggil iDrive dan sentiasa konsisten menaik taraf sistem tersebut dari semasa ke semasa.

Ironinya, Apple CarPlay muncul daripada kerjasama antara Apple dan BMW sebelum didedahkan kepada umum pada Pameran Motor Geneva 2014.

BACA >>> Apple Upah Jurutera GPS Pertingkat Kualiti Navigasi

SEJARAH RINGKAS APPLE CARPLAY

Apabila Apple iOS 4 dilancarkan pada 2010, Apple memperkenalka perisian khas tambahan dipanggil ‘iPod Out’ yang membenarkan asas antaramuka utama disuapkan daripada peranti Apple ke unit infotainment kereta menerusi kabel sambungan yang turut disertakan fungsi kawalan 2-hala. Ciri inilah yang kemudian menjadi tulang belakang kepada cara bagaimana Apple CarPlay bekerja hari ini.

Bilakah bermula?

Pada masa itu (2010), BMW Technology USA, yang terletak tidak jauh daripada ibu pejabat Apple, melihat ada peluang untuk mereka sama-sama membangunkan ciri bebas tangan bersepadu bersama Apple dalam apa yang dikenali dunia hari ini sebagai Apple CarPlay.

Namun, apabila dilancarkan secara rasmi, BMW memutuskan tidak mahu dikaitkan dengan Apple dalam pembangunan ciri baharu itu. Malah, agak mengejutkan apabila pengeluar automobil dari Jerman itu menyatakan tidak akan memuatkan ciri Apple CarPlay dalam sistem infotainment kenderaan mereka.

Pada 2015, Ferrari FF menjadi model kereta pertama memuatkan ciri Apple CarPlay sebelum disusuli lebih 100 jenama kenderaan lain. Kemudian, BMW sekali lagi membuat pusingan-U apabila kali ini mula melengkapkan Apple CarPlay pada model 5-Series (2017) dan menjadi pengeluar pertama menawarkan konektiviti itu secara wayarles.

Bagaimanakah menggunakan Apple CarPlay dan apakah kelebihan yang ditawarkan ciri itu? Jangan lupa ikuti sambungan artikel kami. 🙂

SUMBER: Practical Motoring

Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

21/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

20/07/2026
Volkswagen ID. Cross 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

21/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

20/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.