Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Apple Patenkan Teknologi Kurangkan Gangguan Telefon Ketika Memandu Guna Jam Tangan
Autotainment

Apple Patenkan Teknologi Kurangkan Gangguan Telefon Ketika Memandu Guna Jam Tangan

Han OthmanBy Han Othman04/04/20171 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TELEFON pintar membuatkan komunikasi dunia hari ini menjadi semakin mudah dengan pelbagai maklumat dapat diakses di mana sahaja dan bila-bila masa. Namun, keburukannya, semakin ramai kalangan pengguna jalan raya yang cenderung menggunakan telefon pintar ketika sedang memandu.

Tidak percaya? Sekarang lihat sahaja pemandu di sebelah anda, pasti ada saja yang anda perasan sedang menatap skrin telefon pintar mereka. Ada yang terleka ketika berhenti di lampu isyarat atau bergerak perlahan dalam kesesakan trafik sehingga dihon pemandu belakang. Lebih bahaya, tidak kurang juga pemandu yang hilang fokus hingga membahayakan diri sendiri dan orang lain.

INOVASI BAHARU ATASI GODAAN


Inilah sebab kenapa gergasi komunikasi dunia, Apple mempatenkan inovasi serba baharu yang begitu mengujakan. Peranti tersebut yang dikenali sebagai ‘Pengawal Mengesan dalam Kenderaan Menggunakan Peranti Boleh Pakai’ (Detecting Controllers in Vehicles Using Wearable Devices) dikatakan mampu meminimumkan godaan pemandu untuk menatap telefon pintar ketika sedang memandu dengan berpandukan sensor gerakan jam pintar, Apple Watch.

Jika pemakai dikesan seperti memegang stereng ketika memandu (dengan membandingkan gerakan jam dan telefon), sistem secara automatik mendiamkan notifikasi telefon. Ini bermakna telefon pintar anda tidak akan berdering atau mengeluarkan sebarang nada bunyi yang menandakan kemasukan kiriman mesej, e-mel atau media sosial, sekali gus mengurangkan kecenderungan pemandu menggunakan telefon pintar mereka ketika memandu.

LEBIH RUMIT DARIPADA DISANGKA

Paten menunjukkan sistem bekerja berasaskan sensor gerakan semata-mata tanpa penggunaan peranti tambahan.

Sistem ini nampak seakan mudah, tetapi sebenarnya lebih rumit berbanding yang disangka. Ini kerana telefon pintar tidak mudah terpadam sendiri apabila kenderaan mula bergerak. Jadi, ketika sistem yang dibangunkan ini masih jauh daripada sempurna, segalanya amat bergantung kepada fungsi dan kecekapan jam pintar si pemakai.

Setakat ini masih tidak jelas sama ada Apple akan memasukkan teknologi berkenaan untuk projek pembangunan peranti akan datang. Namun, pengumuman tentang sistem yang baru dipatenkan itu sekurang-kurangnya menjelaskan komitmen tinggi Apple dalam usaha menyelesaikan isu gangguan sampingan ketika memandu.

Menurut Road Show, di Amerika Syarikat sahaja, ada kira-kira 3,179 pengguna jalan raya maut, manakala 431,000 cedera pada 2014 akibat kemalangan jalan raya yang disebabkan gangguan pemanduan. Kami juga hampir pasti Malaysia juga berdepan isu sama di kalangan pengguna jalan raya negara ini.

SUMBER: Road and Track

Apple Apple Watch autotainment Detecting Controllers in Vehicles Using Wearable Devices teknologi
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Pemeriksaan Kenderaan Sukarela (VVI)
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Lulus MV15 Puspakom Belum Tentu Selamat? Anda Mungkin Kena Buat Pemeriksaan Khas B2

08/06/2026
Orang ramai di Kuala Lumpur
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Rakyat Malaysia antara Paling Malas Jalan Kaki di Dunia?

21/05/2026
Steinwinter Supercargo 1983
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Steinwinter Supercargo – Lori Futuristik yang Melangkaui Zaman

05/06/2026
Autotainment

#TahukahAnda Ini Risiko Jangka Panjang Jika Abaikan Servis Berkala Kenderaan

21/05/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

By Abang Hirata16/06/2026
Auto Terkini

Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

By Syafie15/06/2026
Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

By Abang Hirata18/06/2026
Roda4

#KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

By Syafie15/06/2026
PHEV

#KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

By Syafie12/06/2026
Roda2

#MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

By Syafie09/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.