• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Apple Upah Jurutera GPS Pertingkat Kualiti Navigasi

Apple Upah Jurutera GPS Pertingkat Kualiti Navigasi

June 7, 2016 By admin.pandulaju 2 Comments

FacebookTwitter

apple-upah-jurutera
GERGASI telekomunikasi dunia, Apple mengambil langkah besar dalam meningkatkan aspek pemetaan digital dengan mengupah Sinisa Durekovic. Anda mungkin bertanya, siapa pula Durekovic?

Baiklah, beliau ialah jurutera yang bertanggungjawab membangunkan teknologi penciptaan sistem navigasi Harman yang digunakan banyak pengeluar kereta terkenal seperti BMW dan Mercedes-Benz. Tahun 1994 menjadi detik permulaan karier buat Durekovic di Navigon GmbH yang kini dimiliki Garmin. Beliau kemudian berkecimpung dalam arena navigasi satelit sejak lebih dua dekad lalu, termasuk dua tahun di Harman sebelum diupah Apple tahun lalu.

sinisa-durekovic

Menurut Automotive News, Durekovic ialah pemegang paten sistem yang menggunakan data pemetaan untuk mengelak perlanggaran. Beliau dilaporkan diupah Apple pada Oktober tahun lalu, tetapi tiada pengesahan dibuat sama ada oleh pihak Harman mahupun Apple mengenai hal ini.

Tugasan yang diberikan kepada Durekovic adalah antara inisiatif Apple dalam meningkatkan perkhidmatan pemetaannya. Dalam perkembangan lain, Apple juga membuka sebuah pusat pembangunan di India yang menumpukan aspek pemetaan. Sejumlah AS$1 bilion (RM4.07 bilion) dilaburkan Apple bersama sebuah syarikat China, Didi Chuxing yang turut menyumbang kepada penambahbaikan sistem navigasinya.

Sehingga kini terdapat lebih 40 jenama automotif dilengkapi dengan aplikasi Apple CarPlay yang menawarkan fungsi Apple Maps selain perkhidmatan lain.

Sumber: Autoblog.com

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Apple, Apple CarPlay, Apple Maps, Sinisa Durekovic

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mahmood Razak CEO Baharu Puspakom! Kuat Kuasa 1 Oktober 2023
    Mahmood Razak CEO Baharu Puspakom! Kuat Kuasa 1 Oktober 2023
  • Bas Rapid KL Terbakar, 8 Penumpang dengan Pemandu Berjaya Selamatkan Diri
    Bas Rapid KL Terbakar, 8 Penumpang dengan Pemandu Berjaya Selamatkan Diri
  • Triumph Tiger 900 GT Aragon Edition (2023) Tiba di Malaysia, Harga RM81k!
    Triumph Tiger 900 GT Aragon Edition (2023) Tiba di Malaysia, Harga RM81k!
  • Tesla Malaysia Buka Ibu Pejabat di Cyberjaya
    Tesla Malaysia Buka Ibu Pejabat di Cyberjaya

PANDU UJI

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton X90 dengan Suspensi yang Ditala Khas Ikut Kondisi Jalan Malaysia

SAYA berpeluang memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my