Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kes Pemandu Dibelasah Mati Orang Awam: Polis Tahan Dua Lagi Suspek
Auto Terkini

Kes Pemandu Dibelasah Mati Orang Awam: Polis Tahan Dua Lagi Suspek

Han OthmanBy Han Othman23/02/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


POLIS semalam menahan dua lagi individu bagi membantu siasatan kes lelaki ditarik keluar daripada kereta, diikat dan dibelasah hingga maut di Taman Pelangi Semenyih 2, Kajang, pada 20 Februari.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek ditahan ialah lelaki berusia 22 dan 39 tahun dengan tujuh suspek diberkas setakat ini.

Kita percaya akan ada lagi individu lain yang ditahan selepas ini berhubung kejadian terbabit.

“Selain itu, kita juga sudah menerima laporan dibuat oleh dua pemilik kenderaan yang terbabit dalam kejadian itu.

“Difahamkan ketika kejadian, mangsa melanggar dua kenderaan lain sebelum ditemui meninggal dunia dipercayai akibat dipukul,” katanya.

Hussein berkata lagi, motif sebenar insiden masih dalam siasatan, dan selepas bedah siasat dilakukan tiada kecederaan ketara pada mangsa. Justeru polis masih menunggu keputusan analisis makmal bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa.

Terdahulu, beliau pernah memaklumkan mangsa yang berusia 42 tahun disahkan positif dadah jenis metamfetamin dan ganja. Mangsa juga memiliki 10 rekod lampau, termasuk dikehendaki atas kesalahan dadah.

Polis kini meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan, dan menasihatkan orang ramai supaya tidak menokok tambah serta mengada-adakan cerita kerana boleh memberi kesan kepada siasatan selain mendatangkan kegusaran orang awam.

Pada 20 Februari lalu, seorang lelaki dilaporkan ditarik keluar orang awam daripada keretanya selepas terbabitkan kemalangan dengan seorang penghantar makanan. Mangsa dikatakan diikat tangan dan dia dibelasah hingga maut.

Susulan itu, polis menahan lima lelaki tempatan berusia 22 hingga 52 tahun sekitar Kajang dan Semenyih, beberapa jam selepas kejadian.

SUMBER: HMetro

Auto Terkini Datuk Hussein Omar Khan kemalangan Orang Awam Belasah Pemandu Pemandu Dibelasah Mati
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

24/07/2026
Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

24/07/2026
PHEV

OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

24/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.