Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kereta Terpakai Termurah, Inilah Sebab Kenapa Lelaki Ini Jual Iswara 10 Sen
Auto Terkini

Kereta Terpakai Termurah, Inilah Sebab Kenapa Lelaki Ini Jual Iswara 10 Sen

Han OthmanBy Han Othman07/02/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

iswara-20-sen-bg
SEORANG pemuda, J Senthil Kumar, 34, mungkin menjadi rakyat Malaysia pertama menjual kereta pada harga paling rendah, iaitu 10 sen apabila memutuskan menjual Proton Iswara yang dimilikinya sejak 14 tahun lalu kepada seorang ibu tunggal, lapor Sinar Harian, kelmarin.

Senthil memutuskan mahu menjual kenderaan yang dipandu sejak di kolej itu kerana dia sudah pun ada sebuah lagi kereta yang baru saja dibeli dua tahun lalu (2015). Namun, apabila mengetahui kereta tersebut cuma bernilai RM2,000, dia langsung membatalkan niat mahu menjual.

TIDAK TAHU SIAPA PENERIMA

Menurut Senthil, lebih baik dia berikan percuma kepada sesiapa saja yang memerlukan. Kemudian, dia dicadangkan rakannya supaya menyerahkan kereta itu kepada seorang aktivis sosial untuk diberikan kepada mana-mana individu memerlukan.

Kata Senthil lagi, dia pada mulanya tidak tahu langsung tentang status Rohaya Md Isa, 46, sebagai ibu tunggal kepada lima anak yang menginap di sebuah pangsapuri kos rendah di Pinggiran Subang. Selepas dibawa bertemu Rohaya, barulah dia tahu mengenai status penerima keretanya itu.

Meskipun dia orang Melayu, tapi saya tak kisah bantu sebab mereka memerlukan. Saya hanya tahu seorang ibu tunggal terima kereta tu bila lihat di akaun laman sosial Mr Kuan.

“Sebelum serah kereta, saya hantar untuk diservis dan tukar bateri baru kerana tak mahu susahkan dia. Bagi saya kalau niat nak tolong tak perlu tengok bangsa dan agama orang lain. Pertolongan diberi daripada seorang manusia kepada manusia lain.”

– J Senthil Kumar (Sinar Harian)

Senthil memang mahu menyumbang kereta itu secara percuma, tetapi bersetuju menjual kereta tersebut pada harga 10 sen hanya sebagai harga simbolik sumbangan. Dia mengakui masih menyimpan syiling 10 sen yang diterima itu sebagai kenangan dan turut gembira kerana mendapat sokongan keluarga.

SUMBER: Sinar Harian

Auto Terkini Iswara 10 sen J Senthil Kumar pemuda bantu ibu tunggal Proton Proton Iswara Rohaya Md Isa
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

24/07/2026
Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

24/07/2026
PHEV

OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

24/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.