Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kereta Hiper Hidrogen, Alpine Alpenglow HY6 dengan Enjin 3.5L V6 Berkuasa 740hp!
Auto Terkini

Kereta Hiper Hidrogen, Alpine Alpenglow HY6 dengan Enjin 3.5L V6 Berkuasa 740hp!

Abang HirataBy Abang Hirata17/10/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TOYOTA begitu tegar membangunkan kenderaan elektrik sel bahan api (FCEV) yang dikuasakan bahan api hidrogen.

Selain Toyota, ada lagi pengeluar lain seperti Honda, Hyundai dan BMW. Renault Group juga sudah meletakkan kaki dalam bidang hidrogen dan contoh boleh dilihat pada model konsep Alpine Alpenglow yang ditayangkan pada 2022.

Penerokaan Alpine tidak terhenti, enjin prototaip pertama iaitu 2.0L turbo berkuasa 340hp diganti baharu, iaitu Alpenglow Hy6 dengan enjin 3.5L V6 turbo kembar yang dibangunkan sepenuhnya Alpine untuk pembakaran hidrogen optimum.

Trenkuasa ini menghasilkan kuasa 544kW (740hp) atau lebih 150kW per liter (210hp per liter). Dunia bahan api hidrogen terbahagi kepada dua jenis janaan utama, iaitu:

  • Sel bahan api (FC) yang menghasilkan tenaga elektrik bagi menguasakan motor elektrik.
  • Enjin pembakaran dalaman dikuasakan terus hidrogen.

Alpine memilih teknologi kedua atas beberapa faktor seperti fiil yang sama seperti enjin, kuasa, kecekapan bawah bebanan berat dan keperluan untuk penyejukan lebih sedikit.

Alpine Racing mempunyai hasrat menghantar penyertaan kereta kuasa hidrogen dalam kejuaraan enduran Le Mans 24 Hours pada tahun mendatang.

Casis dan Trenkuasa

  • Direka sebagai jentera lumba sebenar berasaskan casis karbon LMP3 dengan kuasa dua kali ganda lebih tinggi daripada enjin 4 silinder prototaip pertama.
  • Dijana enjin 3.5L V6 yang dibangunkan khas Alpine di Viry-Châtillon, Perancis untuk menggunakan hidrogen yang mengambil masa pembangunan dua tahun dengan Oreca dilantik sebagai rakan teknikal.
  • Ada dua pengecas turbo, blok enjin aluminium solid, takungan kering.
  • Enjin ‘super square’ dengan lejang 95mm dan gerek 82.3mm.
  • Kotak gear jenis sekuensial daripada Xtrac dalam pacuan roda belakang (RWD).
  • Ekzos dari Inconel.
  • Output kuasa 740hp @ 7,600rpm, dan tork 770Nm @ 5,000rpm dengan rev maksimum 9,000rpm.
  • Kelajuan maksimum lebih 330kmj.
  • Ada tiga tangki simpanan hidrogen dalam bentuk gas (2.1kg setiap satu) bawah tekanan tinggi 700 bar.
  • Tangki ditempatkan pada pod sisi dan belakang kokpit dalam ruang yang mempunyai pengudaraan serta terasing dari bahagian penumpang.
  • Pengawal tekanan mengurangkan tekanan daripada 700 bar kepada 200 bar sebelum diturunkan kepada tekanan diperlukan untuk suntikan terus ke dalam kebuk pembakaran.
  • Pelbagai langkah diambil bagi memastikan keselamatan seperti silinder komposit 700 bar yang diperakui Peraturan 134 (piawaian keselamatan kenderaan hidrogen Eropah), sensor pengesanan hidrogen dan sebagainya.

Dimensi

  • Panjang 5,200, lebar 2,100mm, dan tinggi 1,140mm

Luaran

  • Diubah daripada prototaip pertama dengan menjalani pelbagai perubahan dan penambahbaikan teknikal.
  • Badan gentian karbon dan warna Specular Blue (biru).
  • Pintu bentuk elytra direka untuk memudahkan akses masuk kabin. Pemandu dan penumpang hanya perlu ‘slide’ atas pod sisi.

  • Enjin boleh dilihat dari luar dengan lapisan efek biru.
  • Bentuk cermin ala Alpine A110 yang dilengkapi dua saluran NACA dan menyalurkan udara kepada penyejuk minyak kotak gear.
  • Intercooler ambilan udara menonjolkan logo Hy6, ala kepala silinder jentera lumba klasik.
  • Ambilan udara baharu untuk penyejukan enjin baharu lebih besar dengan tiga saluran untuk pengudaraan dan keselamatan sekeliling enjin hidrogen.
  • Ciri aerodinamik dipertingkat bagi menampung kuasa enjin lebih tinggi.
  • Bahagian belakang baharu dengan sayap lebih agresif dan kekal dibuat daripada bahan lut sinar.
  • Sirip yu lebih besar dan menonjol.
  • Sistem ekzos Inconel yang disepadu dengan lampu belakang bagi mengeluarkan wap air ketika bergerak yang menjadi efek berkabus pada spoiler lutsinar.
  • Rim corak sama dipadan tayar Michelin.

Dalaman

  • Kerusi buket dengan balutan fabrik baharu dan bertindak balas kepada cahaya dalam warna metalik dan biru.
  • Segitiga depan kokpit dikekalkan yang menjadi antara ciri jentera Alpine dan mengingatkan kepada pergunungan (Alpine).
  • Turut sebagai isyarat dan arah kepada pemandu dan boleh bertukar warna seperti permainan video. Contohnya tahap lateral G dan kelajuan enjin.
  • Palang rongga warna magenta separa tersorok di sebalik papan pemuka.
  • Stereng ala jentera lumba Alpine.
  • Slot khas untuk pemasangan kamera aksi mini.
Alpine Alpine Alpenglow Alpine Alpenglow HY6 Alpine Racing hypercar Kereta Hiper Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.