Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kerajaan Tak Jadi Teruskan Projek Monorel Putrajaya – Menteri
Auto Terkini

Kerajaan Tak Jadi Teruskan Projek Monorel Putrajaya – Menteri

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize27/06/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KERAJAAN tidak bercadang meneruskan projek monorel Putrajaya berikutan terdapat alternatif pengangkutan awam lain di kawasan tersebut.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, perkhidmatan bas pengantara sedia ada dari Putrajaya Sentral melibatkan lima laluan iaitu ke Presint 10, Presint 16, Presint 4, Presint 11 dan Ayer 8 juga sudah ditambah baik.

Memang ada kajian pernah dibuat, tetapi projek monorel Putrajaya sudah lama terbengkalai sejak sekian lama.

“Struktur yang masih ada (iaitu) satu terowong bawah tanah sudah dibina ketika itu, tetapi sudah lama dan setakat ini belum ada sebarang kajian dibuat sama ada struktur tersebut masih boleh diguna pakai atau tidak,” katanya pada sidang Dewan Negara, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Hisamudin Yahaya sama ada Kerajaan akan menyiapkan pembinaan projek monorel Putrajaya bagi mengurangkan kesesakan jalan di kawasan berkenaan.

Dalam pada itu, Loke berkata, Kerajaan sentiasa terbuka meneliti sebarang kebolehlaksanaan projek lain untuk menaik taraf sistem perkhidmatan pengangkutan awam di Putrajaya dan sekitarnya.

Kita akan melihat alternatif lain untuk menambah baik perkhidmatan pengangkutan awam khususnya bas pengantara antara stesen Putrajaya Sentral ke presint yang disebutkan. Perkhidmatan bas sudah ditambah baik dan saya harap memberi kemudahan kepada penduduk di Putrajaya dan sekitarnya,” katanya.

Sementara itu, Loke mendedahkan bilangan penumpang dijangka terus meningkat dengan penambahan tren Transit Aliran Massa (MRT) baharu yang akan beroperasi di Laluan Kelana Jaya selain penyiapan penuh kerja membaik pulih struktur retak di Laluan Ampang.

Menurutnya, Kementerian Pengangkutan melalui Prasarana akan terus menambah baik perkhidmatan pengangkutan awam selain membuat pelaburan dalam infrastruktur rel dan bas mengikut keperluan demi menggalakkan peralihan ke mod pengangkutan awam yang lebih selesa, selamat dan rendah karbon.

Selain itu, pas perjalanan tanpa had MY50 bagi perkhidmatan rel dan bas juga diteruskan sebagai usaha Kerajaan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam,” katanya.

BACA >>> Tangguh Monorel Putrajaya Sejak 2004 Buat Kerajaan Rugi Lebih RM800j
BACA >>> Menteri: Baik Pulih Tren LRT Laluan Ampang Siap Sepenuhnya 2027

SUMBER: SinarHarian

Anthony Loke Siew Fook Kementerian Pengangkutan Menteri Pengangkutan Malaysia monorel putrajaya My50 Pas Perjalanan Tanpa Had Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana)
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.