Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kerajaan Lanjut Tempoh Perbaharui Lesen Memandu, Lesen Kenderaan Motor Hingga 60 Hari
Auto Terkini

Kerajaan Lanjut Tempoh Perbaharui Lesen Memandu, Lesen Kenderaan Motor Hingga 60 Hari

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju29/03/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEMENTERIAN Pengangkutan memutuskan melanjutkan pengecualian pembaharuan Lesen Memandu (LM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) persendirian berkuatkuasa 1 April sehingga 31 Mei 2021 susulan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Pemulihan (PKPP) berikutan pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, pengecualian itu bukan alasan untuk pemilik kenderaan tidak memperbaharui perlindungan insurans dan perlu mengemukakan sijil perlindungan (e-cover note) jika diminta mana-mana anggota penguat kuasa trafik.

Berikut perincian pengecualian tersebut:

  • Pengecualian Pertama: LM dan LKM yang tamat tempoh antara 1 Februari hingga 31 Mac 2021. Perlu diperbaharui dalam tempoh 60 hari bermula 1 April hingga 31 Mei 2021.
  • Pengecualian Kedua: LM dan LKM yang tamat tempoh antara 1 April hingga 31 Mei 2021. Perlu diperbaharui dalam tempoh 60 hari bermula 1 Jun hingga 31 Julai 2021.

Jika gagal memperbaharui mengikut tempoh masa diberikan, pemilik LM dan LKM dianggap melakukan kesalahan dan boleh dikenakan tindakan.

GDL dan PSV

Bagaimanapun, pengecualian tersebut tidak melibatkan pemilik Kenderaan Perdagangan dan pemegang Lesen Vokasional (GDL dan PSV). Ini kerana perkhidmatan pembaharuan bagi dua kategori berkenaan dibenarkan mengikut jadual Perkhidmatan Perlu (Essential Services) berdasarkan Jadual Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Pencegahan Penyakit Berjangkit.

Proses memperbaharui GDL dan PSV boleh dibuat di semua kaunter atau pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dan Sarawak sepanjang tempoh PKP.

PUSPAKOM juga beroperasi dan turut menyediakan perkhidmatan berhubung pembaharuan. Penangguhan diberi kerana Kementerian mahu mengelakkan kesesakan di tempat awam selain membantu memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

Lesen Kenderaan Motor lesen memandu Lesen Memandu GDL Lesen PSV Tangguh perbaharui lesen
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.