Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kerajaan Bogota Haramkan Pembonceng Motosikal Lelaki Masuk Bandar, Rakyat Protes!
Auto Terkini

Kerajaan Bogota Haramkan Pembonceng Motosikal Lelaki Masuk Bandar, Rakyat Protes!

Han OthmanBy Han Othman01/03/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KALAU London dan Paris cuba menyekat penunggang motosikal masuk ke bandar untuk mengurangkan pencemaran, dan London turut berhasrat mengurangkan kadar jenayah di ibu kota itu, tetapi keputusan Kerajaan Bogota lebih radikal apabila memutuskan mengharamkan pembonceng motosikal lelaki masuk ke ibu kota.

Keputusan drastik itu dibuat sebagai respon Kerajaan terhadap kes-kes jenayah seperti kecurian dan rompakan bermotosikal di ibu kota Colombia itu. Pengharaman itu berkuat kuasa selama tiga bulan bermula awal Februari lalu dan hanya tertakluk di kawasan tengah ibu kota.

BACA >>> Motosikal Kapcai Mungkin Diharam Masuk Pusat Bandar Kuala Lumpur – Menteri

Menurut Kerajaan, walaupun kawasan di situ cuma dihuni 15 peratus penduduk Bogota, tetapi kadar jenayah yang dikaitkan dengan rompakan bermotosikal mencatatkan angka 40 hingga 50 peratus.

BUKAN SEMUA PEMBONCENG

Bagaimanapun, larangan itu tidak membabitkan semua pembonceng dan hanya dikuatkuasakan ke atas pembonceng lelaki berusia lebih 14 tahun. Wanita dan kanak-kanak masih boleh jadi pembonceng. Malah, motosikal di bawah 125cc dikecualikan, yang terdiri daripada separuh jumlah motosikal berdaftar di Bogota.

Beberapa pihak mendakwa perintah larangan tersebut tidak banyak membantu mengurangkan kadar jenayah berkaitan motosikal. Ramai penunggang motosikal menyuarakan rasa marah dan letih dengan stigma yang dibebankan ke atas mereka.

BACA >>> Ku Nan Beritahu Larangan Kapcai Masuk KL Baru Cadangan, Belum Tentu Laksana

Lebih buruk, penunggang motosikal Bogota nekad melancarkan protes jalanan pada pagi waktu punca hingga menjejaskan lalu lintas (lihat video di atas). Beberapa pertembungan antara polis dan perusuh turut berlaku yang menyaksikan berpuluh-puluh motosikal dirampas. Malah, ada penunggang mendakwa motosikal mereka dirampas walaupun mereka bukan pemprotes dan cuma menunggang ke tempat kerja.

BANDAR LAIN TURUT KUAT KUASA

Selain Bogota, beberapa bandar lain sekitar Colombia turut mengharamkan kelibat penunggang motosikal. Ada bandar tidak membenarkan penunggang motosikal di jalan raya pada malam hujung minggu. Ada bandar melarang wanita mengandung atau kanak-kanak bawah 12 tahun menjadi pembonceng.

Bandar Popayán misalnya, melarang motosikal masuk ke dalam bandar itu selama tiga hari sempena cuti ‘Tiga Raja’ pada Januari lalu. Bagaimanapun reaksi penunggang Bogota adalah paling ekstrem setakat ini.

BACA >>> Apa Terjadi Kalau Bandar Raya Kuala Lumpur Tanpa Kapcai?

Malaysia juga hampir mengharamkan penunggang motosikal jenis kapcai daripada memasuki Kuala Lumpur atas masalah sama, termasuk pencemaran, tetapi dikecam teruk. Mujurlah itu cuma sekadar cadangan. Apapun, hargailah keamanan yang kita ada.

SUMBER: Revzilla

Auto Terkini Bogota Colombia larangan bermotosikal pembonceng motosikal Penunggang Motosikal roda2
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Honda XR300L dan Honda XR300 Rally di India
Roda2

Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Advencer Lebih Mampu Milik?

28/07/2026
Roda2

#Spyshot: BMW S1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar – Rekaan Keseluruhan Baharu

28/07/2026
Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
Auto Terkini

PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

27/07/2026
Auto Terkini

FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

27/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
OMODA C7 PHEV
PHEV

OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

By Syafie27/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.